awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak

Bernama
Bernama
28/11/2023
07:20 MYT
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam tanpa perintah kos. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azizul Azmi Adnan menolak rayuan Badan Peguam tanpa perintah kos.
Hakim Azizul Azmi yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel hakim itu berkata rayuan Badan Peguam itu berpunca daripada penghakiman Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonan Bersih 2.0 untuk merujuk persoalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan.
" Dalam kes Bersih, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa tiada kesilapan Mahkamah Tinggi yang boleh dirayu dan menolak rayuan dalam kes itu.
"Mahkamah ini terikat dengan kes sebelum ini. Oleh itu, rayuan oleh Badan Peguam Malaysia ditolak," katanya.
Semasa prosiding dalam talian hari ini, peguam Gregory Das mewakili Badan Peguam manakala Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin mewakili kerajaan dan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada 18 Mei 2022, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan Badan Peguam untuk merujuk persoalan perlembagaan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, kepada Mahkamah Persekutuan.
Badan Peguam telah mengemukakan 27 persoalan undang-undang mengenai kesahihan pengisytiharan darurat Malaysia yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan Ordinan Darurat negara semasa pentadbiran Muhyiddin.
Pengisytiharan darurat itu berkuat kuasa dari 12 Jan 2021 hingga 1 Ogos 2021, untuk membendung penularan pandemik COVID-19, yang bermula di seluruh dunia pada awal 2020.
Badan Peguam yang menamakan Muhyiddin dan kerajaan sebagai reponden, memohon pengisytiharan bahawa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan, dan oleh itu terbatal dan tidak sah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#darurat
#2020
#Badan Peguam Malaysia
#Mahkamah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan