HULU SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata syarikat itu harus bertanggungjawab dengan mengemukakan penjelasan yang teliti dan telus bukan sahaja kepada Malaysia malah seluruh dunia bagi mengelak berlakunya kebimbangan awam.
"Kita minta wakil AstraZeneca membuat penjelasan yang lebih teliti dan saya mahu telus kepada rakyat dan media. Mereka mesti bertanggungjawab, tiada apa yang hendak kita sembunyikan, begitu juga mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada program saringan kesihatan di Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak di sini hari ini.
Sebelum ini dilaporkan AstraZeneca mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin COVID-19 mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.
Gergasi farmaseutikal itu dilapor menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.
Dzulkefly berkata KKM akan terus memantau perkara tersebut selain mempunyai garis panduan klinikal untuk merawat individu yang menerima kesan vaksin.
Sementara itu, beliau berkata seorang pakar perubatan kecemasan akan ditempatkan di Hospital Kuala Kubu Baharu (KKB) pada bulan ini sebagai tambahan kepada seorang pakar perubatan dalaman yang telah ditempatkan secara kekal sejak Januari lalu.
Beliau berkata menerusi langkah itu, penduduk di kawasan berkenaan tidak perlu berulang alik lebih 45 kilometer ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
"Saya akan terus membuat penambahbaikan pada hospital KKB ini dan saya mahu fahamkan ini bukan dilakukan sebab pilihan raya (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu) tetapi ia sudah dirancang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
AstraZeneca harus bertanggungjawab dengan mengemukakan penjelasan yang teliti dan telus. - Gambar/ Reuters
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
COVID-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi
Bekalan vaksin COVID-19 sedia ada mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid.
8.5 juta dos vaksin COVID-19 telah luput - PAC
PAC mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.
COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.
Kertas Putih: Kerajaan terpaksa buat keputusan dasar muktamadkan perolehan vaksin COVID-19
Pada masa yang sama terdapat permintaan yang sangat tinggi daripada semua negara yang lain untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 segera mungkin.
Pharmaniaga catat kerugian bersih RM607 juta, cetus kriteria PN17
Perolehan merosot kepada RM3.51 bilion berikutan permintaan lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin COVID-19.
KKM bentang Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat - PM Anwar
Anwar berkata, ini berikutan dapatan mengenai proses yang didakwa tidak mengikut proses sewajarnya.