Kawalan keselamatan di pintu masuk utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) telah ditingkatkan ke tahap amber sejak Mac, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, orang ramai dan penumpang tidak seharusnya bimbang susulan insiden serangan di Lapangan Terbang Antartuk di Istanbul kerana pihak berkuasa Malaysia menguasai sepenuhnya keselamatan di KLIA dan klia2.
Tahap keselamatan di kedua-dua lapagan terbang telah ditingkatkan ke amber berikutan insiden pengeboman di lapangan terbang Brussels pada Mac, kata beliau.
"Kami mengekalkan tahap keselamatan di petringkat amber sehingga sekarang hasil kerjasama polis dan polis bantuan di kedua-dua lapangan terbang.
"Tidak perlu bimbang. Jangan panik terhadap situasi. Di Malaysia, kami menguasai sepenuhnya keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan walkalator iWalk di klia2 di sini hari ini.
Liow bagaimanapun meminta orang ramai memaklumkan kepada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) jika mereka mmenemui bagasi atau barang-barang yang mencurigakan.
"Kerjasama awam amat diperlukan. Kita mahu orang ramai memberi maklumat. Jika ada mana-mana bagasi yang mencurigakan, sila maklumkan kepada kakitangan MAHB supaya kita boleh cepat bertindak," katanya.
IWalk adalah inisiatif untuk memendekkan masa berjalan kaki untuk penumpang yang berlepas dan tiba sehingga 35 peratus berbanding sebelum pemasangan walkalator baharu itu.
IWalk ialah sebahagian daripada 28 walkalator baharu yang dipasang selepas pembukaan klia2 pada 2014 untuk memberi lebih keselesaan dan kemudahan untuk penumpang yang tiba dan berlepas.
Selain pemasangan walkalator, Liow berkata klia2 juga menyediakan perkhidmatan buggy secara percuma kepada penumpang dengan sebanyak 25 unit buggy disediakan.
Bernama
Fri Jul 01 2016
LIOW: Orang ramai dan penumpang tidak seharusnya bimbang susulan insiden serangan di Lapangan Terbang Antartuk di Istanbul. -Gambar fail
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
Indonesia tingkatkan kawalan keselamatan menjelang pelantikan Presiden
Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah menggerakkan 100,000 anggota, termasuk tentera, polis dan anggota penguatkuasa wilayah.
APMM tambah aset, teknologi terkini tangani pencerobohan perairan negara
Strategi itu ialah langkah mitigasi yang dirancang oleh APMM dalam memastikan keselamatan sempadan perairan negara sentiasa terpelihara.
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
Final Piala FA JDT lawan Selangor, 2,400 anggota polis ditugaskan di SNBJ
Kira-kira 2,400 anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Polis tingkat kawalan aksi Liga Super antara Perak, JDT esok
Seramai 500 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Stadium Perak, Ipoh bagi memastikan perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) malam esok berlangsung lancar.
Polis Thailand, Malaysia perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan
Mesyuarat tahunan Thailand-Malaysia berfungsi sebagai platform untuk kedua-dua negara membincangkan pelbagai jenayah rentas sempadan.
Langkah keselamatan ketat dilaksana untuk pengebumian Ismail Haniyeh di Doha
Barisan panjang dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha pada waktu malam ketika orang ramai berkumpul untuk menghadiri pengebumian itu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Selangor FC sediakan pengawal peribadi untuk isteri, anak Faisal Halim
Selangor FC mengambil inisiatif menyediakan pengawal keselamatan untuk isteri dan anak Faisal Halim sebagai langkah berjaga-jaga susulan insiden serangan asid terhadap pemain bola sepak itu pada Ahad.