awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesesakan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dijangka sehingga awal pagi Khamis

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
23/09/2015
14:25 MYT
Kesesakan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dijangka sehingga awal pagi Khamis
Dijangkakan sebanyak 180,000 kenderaan akan melalui LPT1 pada musim perayaan ini. - Foto Astro AWANI
Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) mula sesak dengan warga kota yang pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada Khamis.
Menurut Naib Presiden Kanan, Ketua Pengurusan Aset Lebuhraya, Radzimah Mohd Radzi dengan penggunaan lebuhraya yang meningkat dua kali ganda dari hari biasa ini, kesesakan di LPT 1 bakal berlarutan menjelang awal pagi Khamis.
Pada masa yang sama, kata Radzimah dengan penguatkuasaan pembayaran tol elektronik (ETC) yang dilaksanakan sepenuhnya pada 9 September lalu menyaksikan sedikit kesesakan di tol utama apabila ramai pengguna yang mahu membuat penambahan nilai kepada kad Touch’nGo masing-masing.
Untuk itu, pihaknya turut menambah tol tambah nilai secara bergerak di Plaza Tol Gombak bagi mengurangkan kesesakan.
Radzimah menambah, dijangkakan sejumlah 180,000 kenderaan akan melalui LPT1 pada musim perayaan ini.
Topic Berkaitan
#ETC
#hari raya aidiladha
#LPT1
#Plaza Tol Gombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan