SHAH ALAM:Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berkata kesesakan yang berlaku di Pelabuhan Klang telah menunjukkan penambahbaikan selepas beberapa langkah serta merta dilaksanakan oleh pasukan petugas yang diarahkan Kementerian Pengangkutan sejak bulan lepas.
Pengerusi LPK Datuk Chong Sin Woon berkata pasukan petugas itu yang diketuai pihak berkuasa seperti Northport, Westports, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan beberapa persatuan logistik ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan langkah segera untuk mempercepatkan aliran kargo dan pergerakan kapal melalui pelabuhan itu.
"Pada Jumaat lepas, MAQIS menyediakan tenaga kerja tambahan untuk membuat pemeriksaan kontena yang mana 100 peratus kontena yang disekat telah diperiksa dan dilepaskan dalam tempoh sehari, peningkatan yang tinggi berbanding 60 peratus sebelum ini.
"Pengambilan kontena kargo sejuk oleh syarikat pengangkutan dan pihak penerima turut mencatatkan penambahbaikan yang ketara dengan hampir 50 peratus penghantaran dalam tempoh 24 jam selepas pas masuk dikeluarkan berbanding 30 peratus sebelum ini.
"Ini menyebabkan penggunaan yad bertambah baik dan susut 95 peratus daripada 100 peratus minggu lepas," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata usaha bersama dengan syarikat perkapalan telah menyebabkan kapal memuatkan lebih banyak kontena eksport dan pemunggahan yang telah lama berada di pelabuhan itu.
Chong berkata beberapa syarikat turut menyediakan kapal tambahan untuk tujuan itu dan pelabuhan berkenaan telah memberikan keutamaan tempat berlabuh kepada kapal-kapal ini.
"Selain itu, ejen pengangkutan dan pengimport telah meningkatkan usaha untuk mengosongkan kontena import daripada pelabuhan itu dengan lebih awal dan mengelakkan penyimpanan di kawasan pelabuhan.
"Dengan pengosongan bersih sebanyak 20,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena eksport dan pemindahan ke kapal, penggunaan yad telah menyusut daripada 90 peratus kepada 82 peratus, membolehkan terminal itu untuk beroperasi dengan produktiviti yang lebih baik," katanya.
Katanya, JKDM juga telah menyediakan pegawai tambahan untuk menyegerakan penyelesaian dokumen import dan eksport selain kaunter khas untuk barangan kargo sejuk dan makanan tidak tahan lama.
Pasukan petugas itu turut menambah baik purata tempoh menunggu kapal dengan ketara sejak minggu lepas apabila kapal dapat berlabuh dalam masa 24 jam tiba di tempat berlabuh luar berbanding lima hari pada Disember tahun lepas.
Chong berkata semua pihak akan terus bekerjasama rapat untuk memastikan keadaan itu dapat diuruskan dengan baik dan prinsipal kargo dan syarikat perkapalan menerima layanan tepat pada masanya dan efisien.
Beliau menjelaskan isu itu berpunca terutamanya daripada faktor luaran, namun LPK dan komuniti logistik akan melaksanakan kesemua langkah yang diperlukan untuk mengurangkan kesulitan pengguna pelabuhan khususnya dengan jangkaan peningkatan barangan menjelang Tahun Baharu Cina pada bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

Kesesakan yang berlaku di Pelabuhan Klang telah menunjukkan penambahbaikan selepas beberapa langkah serta-merta dilaksanakan. - Bernama
![[TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak [TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899551/8967789641618278513442_640x360.jpg)
[TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak

AWANI Pagi: Cari keberkatan dalam kesederhanaan
Sekali lagi kita berpuasa di saat pandemik dan norma baharu yang ketika ini bagai lumrah Apa tips kesihatan dan amalan yang baik dalam kita menempuhi bulan penuh keberkatan ini? Selebriti Selasa bersama Mizz Nina dan Imam Muda Asyraf untuk membicarakan topik ini #AWANIPagi #BukaLembaranBaharu #IlhamRamadan
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899544/15146776071618275677028_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 13 April 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: - Ramadan: Kedai makan, perkhidmatan penghantaran dibenarkan sehingga 6 pagi - Audio tular: Anwar sindir Azmin sememangnya pandai bab video, audio #AWANInews #BukaLembaranBaharu

Aliran trafik masuk sempadan Kelantan terkawal pada awal Ramadan
Aliran trafik memasuki sempadan Kelantan terkawal walaupun berlaku sedikit peningkatan kenderaan menjelang satu Ramadan.

Undang-undang Islam: Terlalu tegas boleh membawa kepada hipokrasi - Mustafa Akyol
Orang Islam perlu sedar setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Tembakan | Polis siasat punca tembakan di sekolah
Pihak polis Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat menerima laporan berhubung kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah melibatkan beberapa mangsa. Beberapa das tembakan dilepaskan termasuk terhadap seorang anggota polis, bagaimanapun menurut laporan awal, siasatan masih dijalankan.

Kesesakan di Pelabuhan Klang berkurangan selepas pelaksanaan langkah segera - LPK
Kesesakan yang berlaku di Pelabuhan Klang telah menunjukkan penambahbaikan selepas beberapa langkah serta-merta dilaksanakan.

LPK ambil langkah tangani isu kesesakan di Pelabuhan Klang
LPK mencapai kata sepakat dengan syarikat perkapalan untuk memastikan kapal-kapal terus singgah di Pelabuhan Klang dengan menyediakan slot secukupnya bagi kontena eksport dari pelabuhan itu.

Tiga individu bebas tuduhan menipu dalam projek PKFZ
Mereka ialah bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi Sdn Bhd, Law Jenn Dong, 59; arkitek BTA Architect, Bernard Tan Seng Swee, 56, dan Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi, Stephen Abok, 59.

Projek PKFZ: Phang dibebas daripada tuduhan pecah amanah RM254.85 juta
Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 juta.