awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kestabilan terjamin melalui tadbir urus yang baik dan pembanterasan rasuah - PM Anwar

Bernama
Bernama
12/11/2024
15:33 MYT
Kestabilan terjamin melalui tadbir urus yang baik dan pembanterasan rasuah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual bersama Richard Quest daripada CNN baru-baru ini. - Foto tangkap layar X @richardquest
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa keyakinan beliau terhadap kestabilan semasa dan masa hadapan negara, memetik peralihan politik yang positif dan sokongan orang ramai yang semakin meningkat terhadap kerajaan.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan kestabilan politik negara, disokong oleh peralihan sokongan rakyat, termasuk masyarakat Melayu Islam luar bandar.
  • Anwar menekankan bahawa kestabilan ini mesti digunakan untuk kepentingan rakyat melalui dasar yang jelas, cekap, dan tadbir urus yang baik.
  • Agenda membanteras rasuah kekal sebagai keutamaan utama dalam pentadbiran Anwar.

Dalam temu bual bersama Richard Quest daripada CNN baru-baru ini, Anwar menyatakan bahawa peralihan dalam sokongan orang ramai, terutamanya daripada orang Melayu Islam luar bandar kepada parti kerajaan sejak kebelakangan ini dan pilihan raya kecil baru-baru ini.
"Saya rasa stabil buat masa ini dan untuk masa akan datang," kata Anwar sambil menambah bahawa peralihan sokongan mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam pendekatan pentadbirannya.
Petikan daripada temu bual telah dikongsi oleh Quest dalam akaun X.
Bagaimanapun, Anwar berkata kestabilan itu tidak boleh digunakan untuk mengukuhkan elitis politik, sebaliknya untuk menjaga kepentingan rakyat.
"Adalah penting untuk memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kestabilan ini adalah untuk mereka," katanya sambil menyatakan keperluan untuk dasar yang jelas dan cekap, serta tumpuan kepada tadbir urus yang baik," kata beliau.
Anwar berkata agenda beliau untuk membanteras rasuah secara berterusan itu, diibaratkan sebagai satu perjuangan beliau untuk negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Richard Quest
#banteras rasuah
#kestabilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan