Pemimpin yang baik akan mengenepikan ego dan berusaha membetulkan kesalahan sekiranya ia dapat memberikan manfaat kepada mereka yang dipimpinnya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ego cenderung untuk menjadikan seseorang itu tidak dapat melihat kesalahannya, atau enggan mengakuinya, sekaligus menyebabkan dia tidak dapat membetulkan kesalahannya.
"Satu nilai yang seharusnya diketepikan ialah ego. Sesetengah orang berpendapat ego boleh menjadi sesuatu yang positif, kerana ia akan menjadikan anda lebih kompetetif.
"Bagi saya itu seharusnya lebih kepada azam. Ego adalah berkenaan diri sendiri, bukan mereka yang anda pimpin," katanya semasa berucap di majlis dialog terbuka dengan belia "Youth Ask, Tun Answers" di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau seterusnya menggariskan dua daripada nilai dan kualiti penting yang harus dimiliki seseorang untuk menjadikannya seorang pemimpin yang baik; yakni integriti dan kejujuran.
Sekiranya seseorang pemimpin tidak mempunyai nilai-nilai ini, ia akan mengakibatkan orang ramai dipimpin oleh seorang yang korup dan tidak boleh dipercayai.
"Nilai kedua kerja keras, dan junjung tinggi maruah dalam kerja anda. Nilai-nilai ini menjadikan anda seorang yang berintegriti dan ikhlas," tambahnya.
Dr Mahathir berkata seorang pemimpin yang baik juga harus menghayati pembelajaran sepanjang hayat kerana ilmu pengetahuan tidak terbatas dan tidak pernah statik.
"Semakin banyak anda membaca, semakin anda sedar bahawa banyak lagi yang perlu dibaca, dan perlu belajar," katanya.
Berhubung pembangunan belia, katanya pemimpin semasa menghadapi pelbagai cabaran untuk mengetahui apa yang akan menjadi dasar dan program terbaik yang akan menyediakan belia untuk menahadapi masa hadapan.
Dr Mahathir berkata terdapat keseimbangan yang rumit dalam menyediakan dasar-dasar dan program-program khusus buat belia, kerana orang dewasa mungkin merasakan mereka tahu apa yang terbaik untuk kaum belia.
Bagaimanapun menurutnya, sekiranya kaum belia tidak memberikan maklum balas atau merasakan program-program ini tidak sesuai dengan mereka, akhirnya program ini akan menjadi satu kegagalan, malah boleh menjadi tidak produktif.
Beliau berkata kerajaan mengambil langkah berani apabila memutuskan untuk melantik seorang yang sangat muda menjadi Menteri Belia dan Sukan, yang merujuk kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, walaupun ada pihak yang menyuarakan rasa bimbang terhadap isu pengalamannya yang tidak begitu luas.
"Kami percaya di mana beliau kekurangan dari segi pengalaman, beliau akan berusaha mengatasinya dengan semangat, idealisme dan keazaman, dan kita ada 'orang tua' yang mencukupi dalam kabinet yang beliau boleh rujuk.
"Diharapkan dia akan maju dengan baik, dan deapat menimba pengalaman berharga dalam kepimpinan, dan diharapkan dia dapat mewarisinya kepada belia selepas beliau nanti," kata Dr Mahathir. -- Bernama
Bernama
Sun Apr 14 2019
DR MAHATHIR: Ego cenderung untuk menjadikan seseorang itu tidak dapat melihat kesalahannya. - BERNAMA/Fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Ketepikan ego untuk jadi pemimpin yang baik - Tun Mahathir
Pemimpin yang baik akan ketepikan ego dan berusaha membetulkan kesalahan sekiranya ia memanfaatkan mereka yang dipimpinnya.