KUALA LUMPUR: Walaupun tidak menetap di Malaysia, pelakon antarabangsa Tan Sri Michelle Yeoh, 61, melahirkan rasa bangga dengan negara kelahirannya, yang menurutnya memainkan peranan penting dalam membentuk dirinya sepertimana hari ini.
Bintang kelahiran Ipoh itu berkata Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki pelbagai kaum serta budaya, dan itu menjadikannya amat unik.
"Kita telah belajar untuk hidup dan menghayati budaya masing-masing. Itu menjadikan saya sebagai seseorang yang global antarabangsa.. jadi walau ke mana saya pergi, saya tidak nampak sebarang perbezaan dalam diri seseorang.
"Sebaliknya saya melihat bagaimana saya boleh belajar daripada orang lain kerana apabila kita berada di sini, kita belajar bagaimana untuk belajar daripada rakan Melayu, India dan Cina," katanya pada sidang media pertamanya di Malaysia di sini hari ini, sejak kemenangan penuh bersejarah yang diraihnya apabila memenangi anugerah Oscar bulan lepas.
Pelakon yang menenangi Anugerah Akademi itu benar-benar gembira dapat kembali ke tanah air dan pada masa yang sama, menurutnya kepulangan itu membolehkan beliau merasai makanan kegemaran Malaysia yang memang amat dirindunya.
"Seronok dapat kembali ke Malaysia. Saya sudah menjamah nasi lemak, mee kari, nga choy kai dan (char) hor fun sejak pulang ke rumah. Sebab itu saya nampak sangat gemuk (berat badan bertambah)," katanya secara berseloroh.
Yeoh yang memulakan kerjayanya di Hong Kong sebelum bergelar bintang Hollywood berkata beliau sedang meninjau cabaran baharu dalam kerjayanya termasuk sebagai penerbit, namun menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk menjadi pengarah.
"Pengarah tidak mempunyai kehidupan. Saya terlalu sayangkan hidup saya, saya suka jadi penerbit, pernah menjadi penerbit sebelum ini, dan sekarang saya boleh mula kembali melakukannya... kini saya boleh mempelbagaikan lagi penerbitan, kerana orang ramai sudah mula mendengar, dan menghargai apa yang anda boleh tampilkan.
"Sebagai seorang pelakon, saya suka dengan apa yang boleh saya lakukan. Saya sangat bertuah kerana dapat mengatakan bahawa lakonan bukan pekerjaan semata-mata, ia adalah suatu cetusan rasa minat yang mendalam. Saya juga sentiasa sukakan cabaran," katanya.
Yeoh mencipta sejarah tersendiri bulan lepas apabila menjadi rakyat Malaysia dan warga Asia pertama memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95.
Beliau disanjung dengan anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam melakonkan peranan utama, bagi filem 'Everything Everywhere All at Once' pada majlis anugerah paling berprestij Hollywood itu di Teater Dolby di Los Angeles.
Selain anugerah Oscar, Yeoh turut memenangi anugerah kategori yang sama di beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe ke-80 dan Anugerah Screen Actors Guild (SAG).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
Bintang kelahiran Ipoh itu berkata Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki pelbagai kaum serta budaya, dan itu menjadikannya amat unik. - Reuters
Dua anggota polis maut ditembak di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
Rupanya Michelle Yeoh sambut cucu, bukan anak!
Pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh memberitahu gambar kaki bayi yang dimuat naik sebentar tadi merupakan gambar kaki cucunya.
Dilantik duta jenama popular dunia, Michelle Yeoh dikecam
Kerana mengumumkan pelantikannya itu, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia disifatkan tidak sensitif dengan perkembangan yang berlaku di Gaza.
Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC
Pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa.
Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga
Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraannya selepas berpeluang pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.
Michelle Yeoh kongsi gambar perkahwinan
Pemenang Oscar itu memuat naik empat keping gambar, termasuk satu gambar yang disunting dari poster filem Tomorrow Never Dies.
Tak tahu Michelle Yeoh kahwin, ibu harap majlis resepsi di Malaysia
IBU kepada Tan Sri Michelle Yeoh iaitu Datin Janet Yeoh, 84, tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung Khamis lalu di Geneva, Switzerland.
Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang
Tan Sri Michelle Yeoh dan tunang, Jean Todt mengambil masa 6,992 hari, menyamai tempoh 19 tahun untuk berkahwin.