KUALA LUMPUR: Perikatan Hak Kewarganegaraan Malaysia (MCRA) memohon kerajaan membuat kajian terperinci atau menangguhkan terlebih dahulu pindaan beberapa peruntukan mengenai kewarganegaraan, khususnya berkaitan Seksyen 1(e) dan Seksyen 19B.
Ini kerana keputusan kerajaan untuk menarik balik kedua-dua seksyen itu daripada rang undang-undang pindaan yang dicadangkan mengenai kewarganegaraan, menyebabkan kekeliruan terhadap pindaan yang masih kekal, memandangkan ia mesti dibaca bersama dengan peruntukan lain yang akan dipinda atau dimansuhkan.
Seksyen 19B harus dibaca bersama Seksyen 1(a) yang menyediakan laluan kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang untuk kanak-kanak yang dilahirkan kepada ibu bapa Orang Asal atau Orang Asli bertaraf pemaustautin tetap (PR), kanak-kanak yang dilahirkan kepada generasi ketiga orang India dan Cina yang secara generasi diberi taraf pemaustautin tetap, dan kanak-kanak yang lahir kepada anak angkat yang bertaraf pemaustautin tetap.
"Seksyen 1(a) memberikan hak kewarganegaraan kepada kanak-kanak pemaustautin tetap. Mereka yang pegang kad pengenalan merah, kalau dia lahirkan anak, sebab dia tak boleh wariskan kewarganegaraan kepada anak dia dan dia tak ada kewarganegaraan lain, maka undang-undang ini memberikan anaknya itu hak warganegara Malaysia.
"Seksyen 19B pula yang menganggap ibu kepada bayi terdampar adalah seorang PR, itu tanggapan dari segi undang-undang. Oeh itu 19B terpaksa dibaca bersama Seksyen 1(a).
"Kerajaan berhasrat dalam pindaan ini, membuang perkataan pemaustautin secara tetap daripada Seksyen 1(a). Ini bermakna pemaustautin tetap anaknya tak boleh jadi warganegara.
"Ini akan membahayakan hak kewarganegaraan untuk bayi terdampar dan kanak-kanak tanpa kerakyatan antara generasi," kata jurucakap MCRA, Suri Kempe, dalam sidang media di ibu negara, pada Ahad.
Jelas Suri, untuk mengekalkan laluan kewarganegaraan untuk golongan ini, Seksyen 1(a) juga harus digugurkan daripada cadangan pindaan.
Sementara itu, Seksyen 2(3) pula menjelaskan seseorang yang dilahirkan di Malaysia tidak akan secara automatik menjadi warganegara di bawah Seksyen 1(e) sekiranya individu tersebut memperoleh kewarganegaraan negara lain dalam tempoh setahun dari tarikh kelahiran.
Kedua-dua peruntukan ini perlu dibaca bersama kerana Sekyen 2(3) mentakrifkan frasa 'tidak dilahirkan sebagai warganegara mana-mana negara' dalam Seksyen 1(e), menjadikannya mustahil untuk dipraktikkan apabila Seksyen 2(3) dimansuhkan.
Selain itu, MCRA juga melihat pindaan tambahan peruntukan pada Perkara 26(2) yang menghalang perkahwinan atas tujuan mendapat kewarganegaraan atau marriage of convenience, akan membawa kepada masalah lambakan individu tanpa warganegara.
Cadangan kerajaan untuk mencabut kewarganegaraan isteri warga asing dari status warganegara Malaysia jika perkahwinan berakhir dalam tempoh dua tahun selepas dia mendapat status berkenaan, akan meletakkan isteri dalam situasi tanpa kewarganegaraan.
"Sebarang perubahan yang dicadangkan harus menjamin pasangan tersebut tidak menjadi seorang tanpa kewarganegaraan. Ini boleh dicapai dengan memperluaskan perlindungan Perkara 26B(2) kepada Perkara 26(2) supaya isteri warga asing tidak dicabut kewarganegaraannya jika pencabutan itu menjadikannya tanpa kewarganegaraan," katanya.
MCRA turut menggariskan beberapa syarat sebelum pengurangan had umur dari 21 tahun kepada 18 tahun bagi tujuan mendapat kewarganegaraan dilaksanakan.
Syarat-syarat tersebut ialah kementerian dan agensi kerajaan mengambil tanggungjawab membimbing dan membantu kanak-kanak melalui proses untuk mendapatkan kewarganegaraan, memperjelaskan semua syarat yang dilampirkan dalam proses permohonan, menetapkan garis masa setahun untuk agensi membuat keputusan, mewajibkan agensi memberi alasan jikan penolakan permohonan dibuat, dan memastikan prosedur laluan untuk rayuan terutama bagi mereka yang berusia 18 tahun ke atas.
Madiha Abdullah
Sun Mar 24 2024
Suri (kiri, dua) bersama anggota aktivis dalam sidang media pada Ahad. - Foto Astro AWANI
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Kewarganegaraan: Kaji, tangguh pindaan Seksyen 1(a) dan Seksyen 2(3) - MCRA
MCRA memohon kerajaan membuat kajian terperinci atau menangguhkan terlebih dahulu pindaan beberapa peruntukan mengenai kewarganegaraan.