awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat pakar pokok akan digunakan, tingkat kesuburan pokok berusia

Bernama
Bernama
18/03/2021
06:12 MYT
Khidmat pakar pokok akan digunakan, tingkat kesuburan pokok berusia
Pokok berusia lebih 120 tahun jenis Batai Laut yang berketinggian 18 meter dan berdiameter hampir 1.5 meter ini tumbang pada Rabu. - Foto: MBMB
MELAKA: Kerajaan Melaka akan menggunakan khidmat kepakaran berkaitan pokok berusia dan bersejarah dalam usaha memberi penjagaan yang lebih baik kepada pokok-pokok dalam kategori warisan yang terdapat di negeri itu, terutama di Banda Hilir.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ini termasuklah kepakaran dalam mengkaji struktur dalaman pokok bagi memastikan tahap kesuburan pokok-pokok berusia tersebut.
"Sudah pasti kita minta Jabatan Perhutanan negeri untuk melihat kepakaran yang ada bagaimana kita boleh memanjangkan usia pokok ini seperti melalui pemberian baja ataupun suntikan tertentu," katanya pada sidang akhbar mingguan Pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
BACA: Pokok ikonik dan bersejarah di Melaka rebah gara-gara hujan lebat, angin kencang
Kata beliau, selain faktor usia, pihaknya juga tidak menolak serangan anai-anai atau makhluk perosak lain turut menjadi penyebab kepada kejadian pokok-pokok berusia tersebut tumbang.
Semalam, sebatang pokok yang menjadi ikonik dan lokasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk mengabadikan kenangan saat berada di Bangunan Stadthuys atau 'bangunan merah', tumbang dipercayai akibat akarnya sudah mereput.
Pokok berusia lebih 120 tahun jenis Batai Laut atau nama saintifiknya Peltophorum Pterocarpum itu berketinggian 18 meter dan berdiameter hampir 1.5 meter ditanam sejak zaman pemerintahan British, sekitar 1894.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pokok berusia
#pokok ikonik
#bandar raya melaka
#ikonik
#Ketua Menteri Melaka
#Sulaiman Md Ali
#penjagaan pokok
#Banda Hilir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan