KUALA LUMPUR: Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) bakal menjadi antara hab di utara Malaysia untuk menyemai bakat dan inovasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini berdasarkan lokasinya yang berdekatan dengan pelbagai institusi pendidikan dan kemahiran tinggi seperti institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pusat Latihan Giat MARA.
"Faktor ini akan dapat memastikan bekalan graduan mahir bagi mengisi jawatan berkemahiran dan bernilai tinggi untuk KIGIP, selain memupuk dan memberi peluang kepada tenaga kerja tempatan mampan untuk terus berkembang maju," kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Anwar, perancangan bagi pembangunan Projek KIGIP sedang dilaksanakan secara pendekatan Keseluruhan Kerajaan menerusi kerjasama dan sinergi antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Perak serta SD Guthrie Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
"Buat masa ini, proses penyediaan Pelan Induk KIGIP oleh SD Guthrie Bhd dipantau di bawah Pasukan Petugas Khas Pembangunan KIGIP yang dipengerusikan secara bersama oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan kerajaan negeri Perak.
"Malah, status penyediaan pelan induk ini dilaporkan secara berkala kepada Majlis Pelaburan Negara. Ini khususnya bagi memastikan perancangan dan pembangunan KIGIP selaras dengan hasrat kerajaan dan mencapai sasaran yang ditetapkan," kata beliau.
Perdana Menteri berkata KIGIP adalah satu projek taman perindustrian yang akan dijana oleh tenaga solar sebagai sumber tenaga hijau utama dengan fasa pertama melibatkan pembangunan tanah berkeluasan 404.69 hektar.
"Selepas KIGIP beroperasi sepenuhnya kelak, ia akan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi negara serta pelabur asing dan domestik dijangka berminat untuk melabur di KIGIP," kata beliau.
Beliau berkata operasi syarikat multinasional (MNC) di KIGIP juga akan berupaya untuk membina rantaian bekalan yang akan mampu menyokong perkembangan industri domestik.
"Selain menjana aktiviti ekonomi dan menarik pelaburan berkualiti, pembangunan KIGIP juga mampu menawarkan prospek kerjaya yang menarik dan berkualiti kepada bakat tempatan di kawasan sekitarnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
Menurut Anwar, perancangan bagi pembangunan Projek KIGIP sedang dilaksanakan secara pendekatan Keseluruhan Kerajaan menerusi kerjasama dan sinergi antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Perak serta SD Guthrie Bhd dan PNB.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
KIGIP bakal jadi hab semai bakat dan inovasi - Anwar
Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) bakal menjadi antara hab di utara Malaysia untuk menyemai bakat dan inovasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
KIGIP tawar prospek kerjaya menarik, berkualiti - Tengku Zafrul
Pembangunan KIGIP mampu menawarkan prospek kerjaya menarik serta berkualiti kepada bakat tempatan di kawasan sekitarnya.
KIGIP bukan persaingan tetapi saling melengkapi taman perindustrian lain - Tengku Zafrul
Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) bukannya bersifat bersaing, tetapi saling melengkapi taman-taman perindustrian sedia ada.
Pembukaan KIGIP bantu pacu ekonomi utara Perak - Saarani
Pembukaan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024 akan memacu ekonomi di utara negeri Perak.