Memijak kelapa yang telah dikisar, kemudian menjemurnya untuk dijadikan kerisik... malah kelapa yang dijemur pula dibiarkan hingga didatangi anjing.
Itu permandangan di sebuah kilang memproses kelapa di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang selepas diserbu Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada Khamis.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) JKNPP Mohd Wazir Khalid berkata, ketika diserbu, keadaan persekitaran kilang yang beroperasi tanpa lesen itu amat kotor dan meloyakan.
"Pemeriksaan di kilang itu mendapati keadaannya persekitarannya sangat kotor dan berbau. Lebih menjijikkan apabila kedudukan tandas pekerja pula bersebelahan dengan longgokan kelapa yang sudah dikupas.
"Ketika tiba untuk pemeriksaan didapati seorang pekerja sedang memijak isi kelapa yang sudah diproses untuk dijadikan kerisik," ujar Mohd Wazir.
Air yang digunakan untuk membersih isi kelapa juga adalah dari sumber yang sama, iaitu tandas.
Menurut Mohd Wazir, isi kelapa berkenaan dihantar ke pasar berdekatan di seluruh negeri ini untuk diproses menjadi santan dan kerisik.
Pemilik kilang berkenaan juga didapati menggaji pekerja asing yang tidak memiliki suntikan vaksin anti-tifoid.
Sementara itu, pemeriksaan di kilang memproses mi pula mendapati produk yang siap diproses dibiarkan bersepah di lantai dan dihurung lalat.
"Pemiliknya didapati tidak mengendahkan kebersihan apabila membiarkan produknya berselerak dan bertaburan di atas lantai dalam keadaan kotor dan dipenuhi lalat hingga ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran makanan," katanya.
Dalam operasi itu, kedua-dua kilang tersebut diarah tutup selama 14 hari kerana tidak mematuhi tahap kebersihan ditetapkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Mohd Wazir berkata, pihaknya menyerahkan kepada bahagian pelesenan untuk mengambil tindakan ke atas pemilik kilang yang masih gagal memohon lesen.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 17 2020
Keadaan kelapa yang sudah dikupas ditempatkan di lantai yang kotor. - Astro AWANI
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Kilang proses kelapa, mi meloyakan diarah tutup sementara
Ketika diserbu, pegawai kesihatan mendapati keadaan persekitaran kilang yang beroperasi tanpa lesen itu amat kotor dan meloyakan.