KUALA LUMPUR:Masih belum terlambat untuk Parlimen menubuhkan dua Jawatankuasa Pilihan Khas, iaitu untuk COVID-19, manakala satu lagi berkenaan Rasuah dan Integriti, kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.
Veteran DAP itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia akan menjadi satu kegagalan terbesar bagi institusi itu jika gagal merealisasikan penubuhan dua jawatankuasa berkenaan, memandangkan keperluan yang amat mendesak pada waktu ini.
Beliau berkata, masih ada masa memandangkan persidangan Dewan Rakyat tinggal seminggu lagi sebelum ditangguhkan iaitu 14 hingga 17 Disember ini.
“Saya menganggap kegagalan terbesar Parlimen adalah ketidakupayaannya untuk menubuhkan dua Jawatankuasa Pilihan Khas -- satu untuk wabak COVID-19 dan satu lagi berkenaan Rasuah dan Integriti.
“Malah, Parlimen akan melakukan satu tindakan yang lalai yang amat tidak bertanggungjawab dengan tidak menubuhkan kedua-dua jawatankuasa pilihan khas ini, yang mencerminkan Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu kakistokrasi terburuk,” katanya lagi.
Kit Siang berkata, Malaysia kini pantas merapatkan jurang dengan China dari segi kes kumulatif COVID-19, dan berkemungkinan akan mengatasi negara itu dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Malaysia kini adalah negara ke-80 dari jumlah kes terkumpul COVID-19, manakala China berada di kedudukan ke-78 dengan 86,673 kes Covid-19.
“Malaysia akan mengatasi China dalam masa sembilan hari jika kadar peningkatan purata kes COVID-19 harian di Malaysia kekal pada kadar sekitar 2,000 angka, ataupun dalam masa 18 hari jika purata peningkatan harian ini kekaldalam julat kira-kira 1,000 kes,” katanya lagi.
Kit Siang berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai COVID-19 mampu mengenal pasti kesilapan strategi Kerajaan dalam memerangi wabak COVID-19 sehingga jumlah kes terkumpul di Malaysia dapat mengatasi jumlah di China.
Ujarnya lagi, China mempunyai lebih dari 40 kali ganda jumlah penduduk berbanding Malaysia, iaitu 1.4 bilion rakyat China berbanding 32 juta rakyat Malaysia.
“Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Wabak COVID-19 ini perlu menyiasat mengapa kerajaan Muhyiddin gagal menerapkan pendekatan melibatkan 'keseluruhan kerajaan' dan 'keseluruhan masyarakat' dalam melawan wabak ini.
“Jawatankuasa Pilihan Khas ini juga perlu mengadakan siasatan awam mengenai isu keselamatan vaksin bagi membantu mengurangkan kebimbangan orang ramai mengenai perkara ini,” katanya lagi.
Mengenai keperluan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Rasuan dan Integriti, Kit Siang berkata, berdasarkan laporan Transparency International Corruption Perception Index 2019, Malaysia berada di kedudukan ke-51 dengan 53 markah.
Beliau berkata, Malaysia telah mencatatkan peningkatan enam mata untuk markah, dan 10 tempat dalam kedudukan TI CPI dalam masa setahun, yang merupakan prestasi terbaik untuk negara dalam tempoh suku abad yang lepas.
“Saya tidak menjangkakan Malaysia mencatatkan kemajuan dalam TI CPI 2020, tetapi adakah Malaysia akan maju ke hadapan atau mundur ke belakang?
“Mengapa Parlimen sebegitu lembab dalam menjadikan agenda memerangi rasuah dan integriti awam sebagai keutamaan negara dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan mengenai Rasuah dan Integriti?” soalnya lagi.
Beliau berkata, salah satu objektif Pelan Integriti Nasional (NIP) 2004-2008 yang dilancarkan pada tahun 2004 adalah untuk meletakkan Malaysia di antara 30 negara teratas dunia dalam integriti awam.
“Adakah kerajaan Muhyiddin telah menyerah kalah dan berputus asa kepada cabaran untuk menjadikan Malaysia antara 30 negara teratas di dunia yang antirasuah dan berintegriti awam?
“Masih belum terlambat untuk Parlimen menubuhkan kedua-dua Jawatankuasa Pilihan Khas ini, memandangkan masih terdapat cukup masa untuk menubuhkan Jawatankuasa ini dalam minggu hadapan, sekiranya kerajaan mempunyai kehendak politik untuk berbuat demikian,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Dec 11 2020
Ada tempoh seminggu lagi untuk Parlimen tubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk COVID-19, dRasuah dan Integriti, kata Lim Kit Siang.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang
Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.
Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada TYT Pulau Pinang
Lim Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri
Bekas MP Iskandar Puteri itu berkata, perkara tersebut tak mungkin terjadi biarpun tiada larangan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Polis selesai rekod keterangan Kit Siang
Polis telah merekod keterangan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada Rabu, berhubung kenyataannya berkaitan kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.
Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini
Ia susulan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.
Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad.
Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura
Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura.