KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad menyalurkan 800 bakul makanan kepada keluarga B40 sekitar Lembah Klang seiring sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Menerusi tema #KitaTeguhBersama, inisiatif itu digerakkan Astro bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO), Food Aid Foundation dan MakanKongsi2.0.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Astro, Tammy Toh berkata pihak Astro amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai NGO dan pertubuhan dalam membantu keluarga yang memerlukan bantuan.

"Sambutan Hari Kebangsaan dan Merdeka tahun ini amat istimewa kepada kami dan tema #KitaTeguhBersama bererti apabila kita bersama, kita lebih kuat dan lebih baik.

"Inisiatif ini memberi gambaran sebenar rakyat Malaysia dan secara berterusan menjadi nilai yang diperlukan untuk kita terus bersatu, memulih semula dan kembali bangkit pada waktu sukar ini," katanya.

Kakitangan Astro secara sukarela terlibat dalam insiatif ini. - Foto Astro

Bantuan keseluruhan seberat 8 tan mengandungi makanan keperluan asas seperti beras, tepung dan gula itu merupakan antara sumbangan kakitangan Astro yang secara sukarela terlibat dalam program ini.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi Food Aid Foundation, Neoh Kean Soon berkata pihaknya berbesar hati apabila Astro terlibat secara langsung dalam program penyaluran sumbangan makanan kepada komuniti yang memerlukan.

"Kami berterima kasih apabila rakyat Malaysia membuktikan bahawa mereka mengambil berat kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

"Saya juga berharap lebih banyak syarikat akan tampil membantu lantaran banyak lagi keluarga yang memerlukan bantuan," katanya.

Bantuan keseluruhan seberat 8 tan itu mengandungi makanan keperluan asas seperti beras, tepung dan gula. - Foto Astro

Sementara itu, Pengerusi MakanKongsi2.0, Law Gin Kye berkata setiap hari lebih seribu individu menerima manfaat bantuan makanan menerusi jaringan bantuan makanan kebangsaan ini.

"Menerusi pek perlindungan dan makanan Astro ini, ia membantu kami untuk membantu lebih ramai individu yang memerlukan," katanya.

Astro telah melaksanakan beberapa inisiatif di bawah #KitaTeguhBersama iaitu: