awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

K'jaan Kelantan perlu tambah pengurus jenazah - Ahmad Jazlan

Bernama
Bernama
26/12/2015
09:54 MYT
K'jaan Kelantan perlu tambah pengurus jenazah - Ahmad Jazlan
mam Masjid Al Hana' Kuah, Abdul Manap Sharip (kiri) memberi penerangan mengenai cara-cara memandi mayat ketika Bengkel Pengurusan Jenazah di masjid itu di sini, Ogos lalu. - Gambar Bernama
Kerajaan Kelantan digesa supaya menambah jumlah pengurus jenazah yang berkelayakan bagi mempercepatkan pengurusan mayat orang Islam.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kekurangan pengurus jenazah menyebabkan urusan pengebumian menjadi lambat.
"Ini kerana ada sesetengah kampung tidak mempunyai orang yang berkebolehan untuk menguruskan jenazah hingga terpaksa jemput pengurus jenazah dari kampung lain.
"Malah, ia semakin membimbangkan kerana generasi muda pada masa kini tidak berminat untuk mempelajari fardu kifayah tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pengurusan jenazah di Masjid Al-Raudah, Banggol Judah di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan beliau menyampaikan sijil kepada 106 peserta yang mengikuti kursus selama sehari anjuran Pejabat Agama Jajahan Machang.
Ahmad Jazlan yang juga anggota Parlimen Machang berkata setiap kampung perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengurus jenazah lelaki atau perempuan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Jazlan Yaakub
#fardu kifayah
#jenazah
#pengurusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan