awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKDW keluarkan borang bantu pendaftaran PADU masyarakat luar bandar

Bernama
Bernama
21/01/2024
07:28 MYT
KKDW keluarkan borang bantu pendaftaran PADU masyarakat luar bandar
Ahmad Zahid (depan dua, kiri) beramah mesra bersama masyarakat India yang hadir pada Majlis Sambutan Ponggal Perpaduan 2024 di Seksyen 16 hari ini. -Bernama
SHAH ALAM: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan mengeluarkan borang bagi membantu masyarakat luar bandar dan desa mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) secara manual.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata perkara itu akan dilakukan dengan menggerakkan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan ketua-ketua kampung bagi membantu golongan berkenaan.
"Oleh sebab terdapat kaedah permohonan (pendaftaran) secara manual, maka kita akan lakukan sesegera mungkin bagi menentukan kumpulan sasaran ini ... pihak Kemas dan ketua-ketua kampung yang dilantik akan dimobilisasikan untuk melakukan pendaftaran PADU.
"Borang akan disediakan kerana tidak semua yang boleh mendaftar secara dalam talian, maka kita mesti membantu rakyat luar bandar dan desa mendaftar secara manual," katanya kepada media selepas Majlis Ponggal Perpaduan 2024 di sini hari ini.
Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai hingga 31 Mac ini dan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.
PADU yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Jan lepas bertujuan menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PADU
#Zahid Hamidi
#KKDW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan