KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ni, mengaktifkan semula akaun khas COVID-19, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan tunai kepada kementerian berkenaan dalam usaha membendung penularan wabak itu.
Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata susulan pengaktifan semula akaun khas itu, Kementerian Kewangan meluluskan kemudahan potongan cukai bagi sumbangan tunai ke akaun itu, selaras Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Beliau menjelaskan KKM tidak melantik sebarang pihak atau ejen bagi melaksanakan kutipan sumbangan tunai bagi kementerian itu.
"Pengaktifan semula akaun khas itu berikutan permintaan pelbagai pihak yang ingin membuat sumbangan tunai kepada kementerian ini susulan peningkatan kes COVID-19 sejak akhir September lepas.
"Sumbangan tunai boleh disalurkan menerusi RHB Bank (nombor akaun: 2-66016-0002347-5) atas nama 'Sumbangan Perubatan KKM'," katanya dalam kenyataan hari ini.
KKM turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada syarikat, badan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang sudi tampil memberi sumbangan tunai kepada kementerian itu dalam usaha menangani pandemik itu.
Akaun Amanah Pembelian Alat Kelengkapan, Keperluan Perubatan, Kemudahan dan Perkhidmatan di Kemudahan Kesihatan KKM dilancarkan pada 23 Mac lepas, bagi membolehkan syarikat, NGO dan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan bagi kegunaan barisan hadapan memerangi penularan COVID-19.
Pada 31 Mei, KKM menamatkan penerimaan sumbangan tunai berikutan penurunan kes positif COVID-19 dengan jumlah sumbang terkumpul sebanyak RM31,671,903.27.
Dr Chen berkata sehingga 30 Sept, sebanyak RM30,597,202.81 daripada jumlah sumbangan itu diluluskan untuk dibelanjakan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah KKM bagi membeli alat kelengkapan perubatan seperti ventilator, infra-red thermometer, ultrasound, katil pesakit, patient monitor dan reagen untuk ujian COVID-19 serta proses penghantaran pegawai KKM ke Sabah.
Beliau berkata baki sumbangan tunai akaun itu kini berjumlah RM1,074,700.46.
Sebarang pertanyaan dan pemakluman mengenai sumbangan tunai di bawah akaun amanah itu boleh menghubungi talian 03-88833111 atau melalui e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 16 2020
KKM mengaktifkan semula akaun khas COVID-19, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan tunai kepada kementerian berkenaan dalam usaha membendung penularan wabak itu. - Bernama
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.