Kementerian Kesihatan pada Isnin membatalkan notifikasi terhadap empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual di dalam produk mereka.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata produk berkenaan ialah Dnars Gold Glowing Serum (Day) (racun Triamcinolone Acetonide) dan Dnars Gold Balen Cream (Night) (racun Hydroquinone; Betamethasone Valerate).
Selain itu, produk terlibat termasuk Tresors Natural Herbal Cream (racun Chloramphenicol; Sulfamethoxazole; Trimethoprim; Ketoconazole) dan Labeauty Booster Night Cream (Merkuri).
Dr Noor Hisham berkata semua bahan yang dikesan merupakan ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
"Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan dan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini," katanya.
Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk kosmetik tersebut perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta kerana produk tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Tegasnya, individu melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.
Beliau menyarankan kepada orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik tersebut agar segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 30 2019

Kementerian Kesihatan membatalkan notifikasi terhadap empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual di dalam produk mereka. -Gambar hiasan

DNA UMNO tetap perjuangkan Melayu, Islam, tidak akan kendur - Tok Mat
UMNO akan memperjuangkan Islam dan Melayu, dalam kerangka hubbul watan yang lebih sederhana, dan lebih menghargai kepelbagaian Malaysia.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

Meskipun dibantah, Jepun tetap teruskan rancangan untuk lepaskan sisa nuklear ke laut
Rancangan itu telah mencetuskan bantahan kedutaan China di Tokyo selain daripada komuniti nelayan tempatan dan negara jiran.

Isteri halang saya naiki pesawat ujian SAF - Abang Johari
Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu.

UMNO harus terima, hidup dengan kenyataan tewas dahsyat dalam PRU15 - Mohamad
UMNO juga tidak boleh berlagak seolah-olah parti itu keramat dan sangat kukuh sedangkan ditolak oleh rakyat Malaysia.

Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."

Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah
Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.

Fahmi Fadzil setuju jadi penaung KL City FC
Fahmi Fadzil bersetuju untuk menjadi penaung kelab KL City FC, selepas menerima tawaran itu daripada Presiden KLFA Khalid Abdul Samad, hari ini.

Bunuh warga emas, dua lelaki tempatan ditahan polis
Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga emas dalam kejadian di kawasan semak di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, semalam.

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

KKM batal notifikasi 4 produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Semua bahan yang dikesan merupakan ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.