awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM jalankan siasatan hubung kait antara Kluster Sungai dan Kluster Telaga

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
10/09/2020
11:08 MYT
KKM jalankan siasatan hubung kait antara Kluster Sungai dan Kluster Telaga
Susulan peningkatan ketara kes dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga, kerajaan tekah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Daerah Kota Setar, Kedah. - Gambar Fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan sama ada ada hubung kait antara Kluster Sungai dan Kluster Telaga di Kedah.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kedua-dua kluster tersebut melibatkan petugas kesihatan.
Dr Noor Hisham menjelaskan sehingga kini KKM belum dapat melihat data-data yang dapat menghubung kait antara dua kluster tersebut.
"Walau bagaimanapun kalau kita lihat cara virus ini merebak iaitu kebolehjangkitannya amat tinggi, jadi kita rasa ada kaitan jangkitan virus tersebut dengan Kluster Tawar dan Sivagangga.
"Makmal IMR sedang membuat ujian untuk melihat genotyping (siasatan genetik) untuk Kluster Sungai dan Kluster Telaga," katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19, pada Khamis.
Bagi Kluster Telaga, ia melibatkan petugas kesihatan KKM manakala Kluster Sungai pula melibatkan petugas kesihatan swasta.
Susulan peningkatan ketara kes dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga, kerajaan tekah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Daerah Kota Setar, Kedah
Pelaksanaan ini akan berkuat kuasa dari 11 September sehingga 25 September 2020.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kedah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Kluster Sivagangga
#Kluster Sungai
#Kluster Tawar
#Kluster Telaga
#petugas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan