awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Perpaduan lancar Koleksi Digital British Colonial Office
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
Trump kata aspirin punca lebam di tangan, nafi kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM jangka kes harian COVID-19 kembali kepada dua angka Mei ini

Bernama
Bernama
25/01/2021
15:31 MYT
KKM jangka kes harian COVID-19 kembali kepada dua angka Mei ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian positif COVID-19 kembali kepada dua angka pada Mei ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian positif COVID-19 kembali kepada dua angka pada Mei ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berharap tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dapat menstabilkan kes-kes harian dan pihaknya menjangkakan penurunan selepas 27 Jan ini.
"Kita harap dalam tempoh dua minggu PKP ini, kita akan dapat elakkan lonjakan kes.
"Jadi, jangkaan kita kalau kita laksanakan PKP untuk tempoh empat minggu disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk seterusnya, mungkin kita akan capai kembali dua angka pada bulan Mei iaitu pada 11 Mei," katanya pada sesi taklimat media darurat COVID-19 KKM yang diadakan secara maya hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) COVID-19 juga semakin berkurangan daripada 1.2 kepada 1.06 hari ini dan nilai itu dijangka terus menurun pada hari-hari seterusnya.
BACA: COVID-19: 3,048 kes baharu, 11 kematian - Dr Noor Hisham
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan.
"Hari ini genap setahun kita berperang dengan pandemik COVID-19. Mantera peperangan kita masih kekal iaitu kita perlukan kepatuhan yang tinggi. Kalau rakyat Malaysia ada kepatuhan yang tinggi, kita tak perlukan PKP pun.
"Tapi sebab kita dah ada kelonggaran pada 7 Dis 2020, ketidakpatuhan itu amatlah tinggi. Jadi, kita kena laksanakan PKP.
"Kita perlukan disiplin tinggi dengan mengelakkan '3S' (sesak, sempit serta sembang dekat) dan mengamalkan '3W' (kerap cuci tangan, memakai pelitup muka dan amaran)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#kes COVID-19
#dua angka
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan