awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM keluarkan kompaun kepada Lim Kit Siang - Khairy

Bernama
Bernama
22/03/2022
06:22 MYT
KKM keluarkan kompaun kepada Lim Kit Siang - Khairy
Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kompaun kepada Lim Kit Siang (tengah) atas kesalahan melanggar SOP pengawalan wabak COVID-19 pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 yang berlangsung Ahad lepas. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan kompaun kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengawalan wabak COVID-19.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di Twitter berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan pada 20 Mac dan beliau turut menyertakan bukti kertas saman terhadap Lim.
BACA: Lim Kit Siang positif COVID-19
Khairy membuat perkongsian itu sebagai reaksi selepas Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa Lim tidak didenda kerana berpelukan dengan ahli parti pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 yang berlangsung Ahad lepas.
"Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor yang masih belum settle (dijelaskan).
"KKM juga harap @NajibRazak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS (Datuk Seri) enggan terima sebelum ini," katanya.
Sebelum ini, Khairy dilaporkan berkata, KKM mengeluarkan lima kompaun kepada bekas perdana menteri itu atas kesalahan pelanggaran SOP pada PRN Johor. - BERNAMA
Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN Johor yang masih belum settle. KKM juga harap @NajibRazak menerima 4 lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS enggan terima sebelum ini. https://t.co/6wS3eO3lOK pic.twitter.com/xXFql3u8Io
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 22, 2022
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Lim Kit Siang
#Najib Razak
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan