MALAYSIA
KKM kenal pasti 10 kluster baharu, kebanyakan libatkan kluster tempat kerja

KKM kenal pasti 10 kluster baharu melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti serta kluster keagamaan dan tahanan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti pertambahan sebanyak 10 kluster baharu yang kebanyakannya melibatkan tempat kerja.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster berkenaan.
Kluster Integrasi Rawang Tiga
-Kluster ini melibatkan daerah Gombak, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 5 April hasil saringan bersasar pekerja syarikat pembinaan.
-Seramai 18 individu disaring, 13 positif.Kluster Jalan Badli Shah
-Kluster ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Hulu Langat, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 27 Mac hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 244 individu disaring, 21 positif.
Kluster Jalan Maju
-Kluster ini melibatkan daerah Sibu, Sarawak.
-Kes dikesan positif pada 27 Mac hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 80 individu disaring, 34 positif.
Kluster Jalan Kota Kubang Labu
-Kluster ini melibatkan daerah Kota Bahru dan Bachok, Kelantan.
-Kes dikesan positif pada 30 Mac hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 318 individu disaring, 26 positif.
Kluster Jalan Mega Industri
-Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
-Kes dikesan positif pada 5 April hasil saringan bersasar pekerja kilang.
-Seramai 41 individu disaring, 21 positif.
Kluster Kampung Palekbang
-Kluster ini melibatkan daerah Tumpat, Kelantan.
-Kes dikesan positif pada 31 Mac hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 42 individu disaring, 28 positif.
Kluster Taman Peruda
-Kluster ini melibatkan Kuala Muda, Kedah.
-Kes dikesan positif pada 2 April hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 37 individu disaring, 16 positif.
Kluster Kampung Belaoh
-Kluster ini melibatkan daerah Besut, Terengganu.
-Kes dikesan positif pada 4 April hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 81 individu disaring, enam positif.
Kluster Padang Hijau
-Kluster ini melibatkan daerah Kluang, Johor.
-Kes dikesan positif pada 6 April hasil saringan bersasar tahanan.
-Seramai 17 individu disaring, 12 positif.
Kluster Belacon
-Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu dan Tawau, Sabah.
-Kes dikesan positif pada 5 April hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 196 individu disaring, 17 positif.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami