awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM lanjut kontrak petugas kesihatan yang tamat tahun ini

Bernama
Bernama
03/02/2022
13:49 MYT
KKM lanjut kontrak petugas kesihatan yang tamat tahun ini
Pelanjutan kontrak ini dibuat mengambil kira situasi negara dalam peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik dan usaha memulihkan perkhidmatan tertangguh akibat pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperakukan pelanjutan kontrak petugas kesihatan yang akan tamat kontrak pada tahun ini.
Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 26 dan 28 Januari lepas bersetuju meluluskan pelantikan semula secara kontrak 1,243 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, melibatkan graduan Institut Latihan KKM yang tamat kontrak pada 2 Februari.
"Pemakluman mengenai pelanjutan kontrak ini telah pun dimaklumkan kepada Ketua Jabatan. Tawaran pelanjutan kontrak bagi kohort lain yang tamat kontrak dalam tahun 2022 akan dibuat secara berfasa sebaik perakuan KKM diluluskan oleh agensi pusat dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," katanya.
Mohd Shafiq berkata, pelanjutan kontrak ini dibuat mengambil kira situasi negara dalam peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik dan usaha memulihkan perkhidmatan tertangguh akibat pandemik COVID-19.
Merujuk kepada artikel disiarkan sebuah akhbar semalam bertajuk "Giliran Penolong Pegawai Perubatan Mogok Esok?", beliau berkata KKM menghargai peranan penting Penolong Pegawai Perubatan di KKM bersama barisan hadapan lain khususnya dalam menangani pandemik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#petugas kesihatan
#lanjut kontrak
#Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan