awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM pertimbang benar pengambilan jururawat terlatih dari luar negara

Bernama
Bernama
31/05/2022
10:45 MYT
KKM pertimbang benar pengambilan jururawat terlatih dari luar negara
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menimbangkan permintaan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) untuk membenarkan pengambilan jururawat terlatih dari luar negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menimbangkan permintaan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) untuk membenarkan pengambilan jururawat terlatih dari luar negara, kata Timbalan Menterinya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata ini berikutan, berlakunya kekurangan jururawat terlatih dalam mana-mana bidang pengkhususan perubatan di Malaysia.
"Ada permintaan daripada APHM untuk memanggil jururawat pakar dari luar negara, kerana kita kekurangan jururawat terlatih dalam bidang-bidang pengkhususan.
"Suatu ketika dulu KKM membenarkan (pengambilan jururawat terlatih dari luar negara), tetapi kemudian tidak membenarkan. Saya akan bawa perkara ini kepada Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin), apabila beliau pulang dari Geneva nanti untuk perbincangan supaya kita dapat selesaikan hal ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa APHM 2022 kali ke-28, yang berlangsung tiga hari bermula hari ini, di sini.
Sementara itu, Presiden APHM Datuk Dr Kuljit Singh berkata pengambilan tersebut perlu bagi membantu menyelesaikan masalah kekurangan jururawat terlatih terutama di hospital swasta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#jururawat terlatih
#luar negara
#Dr Noor Azmi Ghazali
#Persatuan Hospital Swasta Malaysia
#APHM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan