awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Angkat nilai kemanusiaan menerusi lensa kamera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM risau jumlah petugas positif COVID-19 semakin meningkat

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
09/09/2020
11:13 MYT
KKM risau jumlah petugas positif COVID-19 semakin meningkat
KKM berkata, jika jumlah 53 peratus itu diambil kira bermakna lebih separuh daripada petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 telah berjangkit daripada petugas kesihatan lain. - Gambar fail
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru semua petugas Kementerian kesihatan Malaysia KKM agar mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kadar jangkitan dalam kalangan mereka semakin meningkat ketika ini.
Menurut data yang dikeluarkan, setakat ini lebih 53 peratus daripada keseluruhan kes positif COVID-19 membabitkan petugas barisan hadapan KKM, berpunca daripada penularan dalam kalangan mereka sendiri.
"Justeru, adalah amat penting bagi petugas kesihatan untuk memastikan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 diambil pada setiap masa, terutamanya semasa bertugas," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Noor Hisham berkata, jumlah 53 peratus itu bermakna lebih separuh daripada petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 telah berjangkit daripada petugas kesihatan lain.
“Jangkitan daripada komuniti adalah sebanyak 22 peratus, manakala jangkitan semasa pengurusan pesakit yang belum diketahui status COVID-19 pula adalah sebanyak 17 peratus.
"Setakat ini, tiada petugas kesihatan KKM yang dijangkiti COVID-19 semasa pengurusan pesakit disahkan COVID-19 di wad COVID-19 atau di unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam kenyataan tersebut.
Justeru itu jelas Noor Hisham, adalah amat penting bagi petugas kesihatan memastikan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 diambil pada setiap masa, terutama semasa bertugas.
Topic Berkaitan
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#siasatan
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan