Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat awam yang sesak bemula 1 Ogos ini.

Itu antara inti pati sidang media KKM yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham pada Khamis.

Berikut antara tumpuan lain sidang media tersebut;

1) Kes baharu positif COVID-19 kembali satu angka selepas 9 kes baharu direkodkan pada Khamis

2) Daripada jumlah kes baharu itu, enam kes adalah penularan tempatan

3) Terdapat lapan kes pulih, 143 kes aktif dengan kebolehjangkitan dan tiada kematian baharu

4) KKM sambut baik keputusan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos ini


5) 24.8 peratus daripada jumlah individu yang diletakkan di bawah Home Surveillance Order tidak menggunakan fungsi Home Assessment Tool