KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru lebih ramai penglibatan sukarelawan kesihatan bagi membantu menangani penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tenaga sukarelawan tersebut amat diperlukan untuk meringankan beban para petugas kesihatan KKM di seluruh negara ketika ini.
Katanya, jawatan yang diperlukan adalah pegawai dan penolong pegawai perubatan, pegawai pergigian, jururawat, pegawai dan penolong pegawai kesihatan persekitaran serta juruteknologi makmal perubatan.
Dr Noor Hisham berkata, syarat menyertai khidmat sukarelawan itu adalah mereka yang berumur 18 hingga 60 tahun, sihat dan cergas secara fizikal dan mental, tidak hamil, serta telah mendapat kebenaran daripada majikan bagi yang bekerja.
"Syarat lain adalah pemohon bukan anggota KKM, sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan, tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari.
"Untuk makluman, KKM tidak menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan atau elaun/gaji bagi sukarelawan. Segala kos sepanjang khidmat sukarelawan ditanggung sendiri," katanya yang berkongsi maklumat Unit Mobilisasi, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan menerusi Facebook rasmi beliau.
Mereka yang berminat boleh melengkapkan borang menerusi pautan https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9 dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan menerusi e-mel di [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 27 2021
Syarat menyertai khidmat sukarelawan itu adalah mereka yang berumur 18 hingga 60 tahun, sihat dan cergas secara fizikal dan mental, tidak hamil, serta telah mendapat kebenaran daripada majikan bagi yang bekerja. - Gambar hiasan/Bernama
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Sukma 2024 tarik hampir 3,000 sekarelawan, majoriti golongan muda
Kesemua sukarelawan telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta kemahiran khususnya dalam memberi bantuan kecemasan sepanjang temasya itu nanti.
Sukarelawan Bahasa Inggeris Singapura tidak jejas pengambilan, penempatan guru tempatan - KPM
Cadangan tersebut sedang diteliti, terutama dari sudut pelaksanaan di institusi pendidikan KPM bagi memastikan ia selari dengan dasar serta peraturan sedia ada.
NGO perlu berunding dengan Wisma Putra sebelum hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Mana-mana pihak khususnya NGO termasuk Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia diminta berunding terlebih dahulu dengan Wisma Putra sebelum menghantar sukarelawan ke Gaza.
100 sukarelawan YBR gotong-royong bersihkan Zoo Melaka
Aktiviti kesukarelawanan itu juga melibatkan pembersihan kandang dan pemberian makan kepada haiwan dan membaik pulih taman permainan.
Raja Permaisuri Agong akan terus terlibat dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
Raja Zarith Sofiah bertitah baginda akan terus terlibat secara langsung dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) walaupun kini berperanan sebagai Raja Permaisuri Agong.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Kerosakan lapan sekolah di Dungun dianggar RM1 juta
Sebanyak lapan sekolah di daerah Dungun terjejas teruk akibat banjir, dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 juta.
300 sukarelawan Pemuda UMNO laksana misi pascabanjir di Dungun
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Skuad Sabil menggerakkan 300 ahlinya bagi membantu mangsa banjir di daerah Dungun, hari ini.
Pasukan Belantara redah banjir bantu pindah mangsa
Sebanyak lima kenderaan pacuan empat roda milik anggota kelab itu secara sukarela terlibat dalam usaha memindahkan mangsa.