awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kedudukan saya dalam parti, kerajaan diumum pada PAU 2025’ - Akmal Saleh
Panglima TUDM dedah 20 pegawai dikesan terlibat aktiviti tidak bermoral
SAR kanak-kanak lemas di Pantai Batu Rakit diteruskan - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sita 2,135 produk makanan dakwa boleh rawat penyakit

Bernama
Bernama
25/11/2019
23:19 MYT
KKM sita 2,135 produk makanan dakwa boleh rawat penyakit
Satu operasi khas bagi mengambil tindakan ke atas pengeluar dan produk makanan telah dijalankan serentak di seluruh negara selama dua hari pada Oktober 2019, melibatkan 576 orang pegawai penguatkuasa. Facebook BKKM KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyita 2,135 produk makanan bernilai RM60,494.53 yang mempunyai akuan boleh merawat penyakit pada label dan pengiklanan produk, dalam operasi khas dua hari di seluruh negara bulan lepas.
Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, 47 notis dengan nilai keseluruhan RM113,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis makanan, yang gagal mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Katanya, mengikut Peraturan 18(6), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa label makanan tidak boleh mengandungi akuan kesihatan seperti mencegah, mengurang, merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit dan kegagalan mematuhinya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebih RM100,000 dan penjara tidak lebih dua tahun.
"KKM memandang serius penjualan produk makanan yang membuat akuan kesihatan pada label dan pengiklanan produk makanan sama ada di media elektronik, media cetak, media sosial, risalah dan lain-lain.
"Penyataan seperti boleh merawat penyakit, jus kesihatan terbaik, boleh menyembuhkan sakit buah pinggang, kencing manis, menghilangkan nyanyuk dan sebagainya adalah dilarang pada iklan atau label makanan," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Dr Noor Hisham turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Makanan 1983
#akuan kesihatan
#iklan
#Kementerian Kesihatan
#Keselamatan makanan
#label
#Noor Hisham Abdullah
#notis
#operasi khas
#premis makanan
#produk makanan
#sita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan