NATIONAL
KKM tingkat keupayaan pensampelan 16,000 sehari bermula April

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk minggu ini sahaja, setiap hari pihaknya mampu menjalankan 3,500 ujian pensampelan sehari. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan akan meningkatkan keupayaan pensampelan sehingga 16,000 sehari menjelang April ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk minggu ini sahaja, setiap hari pihaknya mampu menjalankan 3,500 ujian pensampelan sehari.
“Setakat ini kalau ikut kemampuan kita, kita tingkatkan daripada 3,500 ketika ini kepada 7,000 minggu hadapan.
“Bulan hadapan, kita akan laksanakan 16,000 ujian sehari,” ujarnya pada sidang media di sini hari ini.
Ujarnya, pendekatan bersasar sedang dilaksanakan oleh pihaknya di peringkat lokaliti dan daerah dalam mengenalpasti pesakit dalam siasatan (PUI) dan kontak rapat.
KKM hari ini mengeluarkan senarai lokaliti dan daerah yang mempunyai kes COVID-19 di mana Petaling Jaya merekodkan kes tertinggi iaitu 96 kes.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami