awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKMM anjur pertandingan cipta logo dan tagline Kempen Kesedaran COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2020
09:29 MYT
KKMM anjur pertandingan cipta logo dan tagline Kempen Kesedaran COVID-19
Ismail Sabri Yaakob berkata, pertandingan itu memberi peluang dan ruang kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam mahupun luar negara, untuk menzahirkan kreativiti mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo dan tagline Kempen Kesedaran COVID-19 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penyertaan ini terbuka kepada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara, mulai hari ini sehingga 10 Julai depan.
Katanya, kempen tersebut dilancarkan di seluruh negara seiring dengan usaha menerapkan budaya normal baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak itu.
"Pelancarannya ini bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada akhir Julai ini," katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pertandingan itu antara lain memberi peluang dan ruang kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam mahupun luar negara, untuk menzahirkan kreativiti mereka.
Beliau berkata, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 manakala tempat kedua akan menerima RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000. Hadiah akan disampaikan oleh Muhyiddin.
Katanya, penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di laman web KKMM, www.kkmm.gov.my atau laman web Jabatan Penerangan Malaysia, www.penerangan.gov.my.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#Muhyiddin Yassin
#normal baharu
#pertandingan cipta logo
#PKPP
#RMCO
#Tagline Kempen Kesedaran COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan