KUALA LUMPUR:Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan sentiasa menyokong segala usaha dan inisiatif memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Justeru, menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata setiap penggiat industri harus bijak untuk mengambil peluang dari sokongan yang diberikan oleh pihak kementerian dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bagi memajukan industri kreatif dan perfileman negara.
"Saya berharap agar semua pihak dapat berganding bahu dalam menghasilkan karya kreatif yang berkualiti sekali gus merancakkan semula industri ini sejajar dengan matlamat kita bersama untuk ke persada antarabangsa," katanya ketika menyempurnakan pelancaran teater dalam talian 'Rasa', di sini, hari ini.
Teater arahan Fauziah Nawi itu merupakan teater pertama yang dipentaskan secara dalam talian berpandukan kepada norma baharu, bermula esok sehingga 22 Dis ini.
Teater yang mengangkat naskah Sasterawan Negara, Usman Awang itu merupakan terbitan Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) dan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM).
Ia mengisahkan pertelingkahan Laksamana Hang Tuah dan Laksamana Hang Jebat atas nama kesetiaan kepada raja dan pengorbanan demi menegakkan keadilan.
Selain itu ia juga mengangkat tema mengenai kesungguhan mempertahankan agama, bangsa dan negara serta pengkhianatan yang membawa kepada penindasan anak watan.
Teater itu juga menghimpunkan naskah dan puisi daripada Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Usman Awang seperti Keyakinan, Kekasih, Matinya Seorang Pahlawan serta Uda dan Dara.
Teater berkenaan akan ditayangkan di platfom online www.cloudtix.co dan tiket boleh dibeli di laman web https://www.cloudtheatres.com/shows/rasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 15 2020
KKMM akan sentiasa menyokong segala usaha dan inisiatif memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.
Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.
PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.
Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.
KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.