MELAKA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedia menambah baik perkhidmatan di pusat media Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelolaan kementerian itu bagi kemudahan mereka yang bertugas di situ.
Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata petugas media dialu-alukan untuk memajukan cadangan kepada KKMM bagi tujuan itu.
"Selepas ini, kita mungkin berdepan PRN atau pilihan raya kecil yang lain maka segala syor berdasarkan pengalaman petugas media boleh membantu kita menambah baik perkhidmatan pusat media yang kita wujudkan setiap kali ada pilihan raya," katanya ketika melawat Pusat Media KKMM sempena PRN Melaka di Hotel Kobemas, Ayer Keroh hari ini.
Beliau berkata pusat media yang diwujudkan juga bertujuan membantu calon yang tidak memiliki kemudahan sendiri.
"Saya harap semua calon tahu wujudnya pusat media ini termasuk untuk mengetahui nombor-nombor hubungan media bagi sampaikan sesuatu pemberitaan tentang mereka, jangan tunggu media datang kepada mereka," katanya.
Annuar turut menyeru media agar memperbanyak kempen kesedaran berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) memandangkan tahap kepatuhan SOP agak longgar dalam kalangan calon dan jentera parti yang bertanding.
Beliau berkata langkah itu penting agar PRN Melaka tidak menjadi pencetus kepada jangkitan COVID-19 yang akhirnya akan memberi keyakinan kepada rakyat berkaitan penganjuran PRN lain termasuk PRN Sarawak.
"Ada lagi lebih kurang seminggu untuk berkempen dan masih belum terlambat perbaiki tahap kepatuhan parti dan calon bertanding, ia supaya tiada jangkitan akan berlaku di PRN Melaka dan rakyat akan yakin untuk kita jalankan PRN Sarawak nanti," katanya.
Annuar juga berkata calon atau pihak tertentu yang terkesan dengan berita palsu sepanjang PRN Melaka boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Beliau berkata MCMC akan memberi keutamaan kepada aduan itu dan segera mengambil tindakan.
"Sama ada PRN atau tidak, (mengenai) berita palsu ini MCMC akan ambil tindakan pantas dengan mengeluarkan penafian untuk berita tidak benar tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kiri) beramah mesra bersama petugas media ketika melawat pusat Media KKMM sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Hotel Kobemas hari ini. Foto BERNAMA
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.
Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.
PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.
Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.
KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.