awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKMM terima tiga aduan salah laku netizen berhubung isu Korea Utara

Bernama
Bernama
09/03/2017
14:18 MYT
KKMM terima tiga aduan salah laku netizen berhubung isu Korea Utara
JAILANI: KKMM menerima tiga aduan berkaitan salah laku netizen yang mensensasikan isu diplomatik hubungan Malaysia dan Korea Utara. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerima tiga aduan berkaitan salah laku pengguna media sosial atau 'netizen' yang mensensasikan isu diplomatik hubungan Malaysia dan Korea Utara.
Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan menyiasat kesemua aduan itu termasuk akaun Facebook yang menyebarkan gambar yang disunting berkaitan isu tersebut.
"Kita telah terima aduan dan sedang melakukan siasatan," katanya ketika ditemui Bernama di lobi Parlimen hari ini.
Jailani juga mengingatkan orang ramai terutama pengguna laman sosial supaya tidak menjadi "batu api" dengan menularkan bahan-bahan yang boleh mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara dalam isu terkini.
"Sekarang kita tak mahu orang jadi macam 'nasi tambah' dalam isu ini... biarkan kerajaan dan pihak berkuasa uruskan.
"Jangan gunakan media sosial untuk tularkan benda bukan-bukan dan akan menimbulkan kemarahan ramai termasuk pihak Korea Utara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jailani Johari
#Korea Utara
#MCMC
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan