KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengambil langkah proaktif bagi meminimumkan kesesakan lebuh raya dan melancarkan aliran trafik menjelang Aidilfitri.
Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan amat prihatin berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku menjelang musim perayaan ini khususnya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Beliau berkata antara tindakan yang diambil bagi mengurangkan kesesakan pengguna di lebuh raya melibatkan aspek penghentian kerja-kerja penyelenggaraan, pengaktifan laluan pintar (Smart Lane) termasuk penyediaan aplikasi digital MyPLUS-TTA oleh syarikat konsesi.
"Kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara pada cuti perayaan nanti bermula 1 hingga 17 April 2024. Hanya kerja-kerja kecemasan sahaja dibenarkan untuk dilaksana sekiranya diperlukan.
"Selain itu, 'Smart Lane' akan diaktifkan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti bagi memastikan aliran trafik yang lebih lancar, sesuai dengan pandangan dan ulasan yang diberikan oleh pengguna jalan raya pada cuti Tahun Baharu Cina yang lepas," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Nanta berkata kerja penambahbaikan seperti pemasangan papan tanda baharu dan lampu amaran (flashlight) akan disiapkan selewat-lewatnya 7 April ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lebuh raya mengenai waktu operasi 'Smart Lane'.
Katanya kerja-kerja penandaan semula garisan jalan bagi menambah jumlah lorong lebuh raya di lokasi tertentu di PLUS juga telah dilaksanakan bagi menambah kapasiti sedia ada.
"Kita juga akan membuka banyak lorong transaksi tol termasuk pelaksanaan kutipan tol secara berlapis di plaza-plaza tol, selain memastikan pasukan ronda serta kren atau kembalik (kenderaan membawa balik) dalam keadaan siap siaga di lokasi sering berlaku kemalangan," katanya.
Beliau berkata penggunaan papan tanda elektronik dan jalinan kerjasama dengan pelbagai saluran radio dan televisyen utama juga akan dilaksanakan bagi tujuan penyaluran maklumat trafik kepada pengguna lebuh raya.
"Bagi mengatasi kesesakan di Plaza Tol Gombak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, tindakan susun atur semula lorong kutipan tol akan disiapkan bagi melancarkan proses pembayaran tol semasa cuti perayaan Aidilfitri nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Nanta berkata kerajaan amat prihatin berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku menjelang musim perayaan ini. -Gambar fail/Bernama
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan wakil dari Sarawak bagi mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian Datuk Mutang Tagal.
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan percepat infrastruktur di Kapit - Nanta
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama rapat bagi mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur di kawasan Kapit.
Projek naik taraf SMV Bintulu kepada kolej 42 peratus siap - Nanta Linggi
Projek menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional Bintulu kepada Kolej Vokasional Bintulu bernilai RM21.5 juta dijadual siap menjelang Jun 2025.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.