KKR pantau, ambil tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siap projek - Nanta

Nanta bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Malaysia-Korea Intelligent Transport Systems (ITS) Roadshow 2025, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang lewat menyiapkan projek.
Ringkasan AI
- Kementerian Kerja Raya (KKR) akan ambil tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek, punca kelewatan lazimnya berkait dengan isu tapak projek melibatkan pelbagai agensi serta masalah kewangan syarikat kontraktor.
- Hanya tiga peratus projek dikenal pasti sebagai lewat, namun majoriti disiapkan mengikut jadual; Ketua Setiausaha KKR tubuh jawatankuasa khas untuk pantau dan ambil tindakan sewajarnya.
- KKR bekerjasama dengan agensi lain atasi isu lampu jalan, beri keutamaan pencahayaan di kawasan berisiko kemalangan serta di simpang dan jambatan; usaha sedang dibuat untuk tambah bajet dan cahaya di jalan secara menyeluruh.
"Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peraturan.
"Jangan lupa, kontrak ini mempunyai aspek undang-undang dan kita tidak boleh sewenang-wenangnya menamatkan projek," katanya selepas menghadiri Majlis Malaysia-Korea Intelligent Transport Systems (ITS) Roadshow 2025, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya KKR mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang sambil lewa atau gagal melaksanakan projek mengikut jadual.
Pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKR semalam, Perdana Menteri menegaskan perkara itu penting kerana kementerian tersebut bertanggungjawab terhadap pelbagai projek pembangunan berkepentingan rakyat.
Sementara itu, mengenai isu lampu jalan, Nanta berkata KKR bekerjasama dengan pelbagai agensi serta menggunakan pangkalan data sedia ada bagi mengenal pasti kawasan yang memerlukan pencahayaan tambahan, dengan tumpuan diberikan kepada kawasan berisiko.
"Kita mahu setiap jalan raya diterangi jika memungkinkan, namun pada masa ini kita berdepan kekangan sumber. Justeru, buat sementara waktu, dasar kita adalah memberi keutamaan pencahayaan di kawasan berisiko kemalangan serta di simpang dan jambatan."
"Kita belum mampu mencahayakan keseluruhan jajaran jalan. Sebab itu masih terdapat kawasan yang gelap, namun kita telah memohon bajet tambahan supaya usaha ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


