TUJUH kilometer akhir menjadi detik paling sengsara buat pelari negara, S Poovasanathan.
Dia menamatkan larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 di tempat pertama bagi kategori Terbuka Malaysia menerusi catatan masa 2 jam 37 minit 38 saat.
Kesakitan di lutut kanan yang mula ditanggungnya sebaik memasuki kilometer ke-35 menyebabkan dia terpaksa memperlahankan larian.
Tindakan itu mengganggu sasarannya untuk memperbaiki catatan peribadi dengan Poovasanathan cuba mengimbangi lariannya dengan memulakan pecutan di kilometer akhir sebelum tiba di garisan penamat.
Dia bagaimanapun sekadar menyamai catatan peribadi yang pernah dilakukan olehnya dalam Sukan SEA Kemboja Mei lalu.
"Ini antara catatan saya yang paling teruk.
"Saya perlu menahan kesakitan sejak 35km dan hanya sepenuh kekuatan dalam 1km terakhir," katanya di ibu kota.
Juara Terbuka Malaysia kategori wanita, Michelle Chua, pula mempunyai perkongsian menarik menerusi catatan 3'13:06s.
Bermula dengan tekanan perasaan yang kronik selepas melahirkan anak sulung, Michelle, pernah berlari dalam hujan sambil menangis ekoran terlalu tertekan dengan keadaan.
Dari situ, Michelle berasa tenang sambil berpendapat larian mampu menenangkan emosinya dengan memilih KLSCM 2023 sebagai pelantar untuk kembali ke kancah maraton selepas terlepas dua edisi Sukan SEA.
"Suami memberi ruang kepada saya untuk melepaskan tekanan dengan larian pada sebelah pagi," katanya pula.
Bagi kategori terbuka, dua pelari Kenya mengungguli kategori lelaki dan wanita dengan Kiprop Tonui mengesahkan podium utama miliknya menerusi catatan 2'13:49s manakala kategori wanita milik Beatrice Jelagat Cherop dengan catatan 2'32:49s.
Astro Arena
Sun Oct 01 2023
Poovasanathan menamatkan larian KLSCM 2023 di tempat pertama bagi kategori Terbuka Malaysia menerusi catatan masa 2 jam 37 minit 38 saat. - Foto Astro ARENA
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.
Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup
Sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan, setakat 30 April lepas.
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki penggal kucing
Mahkamah Sesyen Kuching menolak pengakuan bersalah seorang penganggur lelaki yang dituduh memenggal kepala seekor kucing milik jirannya.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
KLSCM 2023: Sakit lutut bukan penghalang Poovasanathan juarai Terbuka Malaysia
Kesakitan di lutut kanan yang mula ditanggungnya sebaik memasuki kilometer ke-35 menyebabkan dia terpaksa memperlahankan larian.