awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster baharu di Labu Lanjut, Sepang, lima kes positif

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/06/2020
09:29 MYT
Kluster baharu di Labu Lanjut, Sepang, lima kes positif
Tambah Dr Noor Hisham, punca jangkitan kluster tersebut masih dalam siasatan, namun penularan COVID-19 disyaki berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung.
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan satu lagi kluster baharu dikesan di Labu Lanjut, Sepang membabitkan lima kes positif COVID-19, setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks merupakan seorang pesakit Acute Respiratory Infection (ARI) di Hospital Serdang yang dikesan positif COVID-19 pada 5 Jun lalu.
Jelas beliau, aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati empat ahli keluarga pesakit, masing-masing dua orang anak dan dua cucu turut dikesan positif COVID-19.
"Tiga ahli keluarga tinggal serumah dengan beliau manakala seorang lagi dari tempat kediaman yang lain.
"Siasatan dan saringan kontak rapat terus dijalankan di mana setakat ini seramai 29 orang telah dikenalpasti dan disaring. 25 kontak rapat didapati negatif COVID-19," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Tambah Dr Noor Hisham, punca jangkitan kluster tersebut masih dalam siasatan, namun penularan COVID-19 disyaki berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung.
Topic Berkaitan
#anak
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#keluarga
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#Sepang
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan