GEORGE TOWN: Tiga pusat jagaan orang tua di sini, diarah tutup bermula semalam selepas sebuah daripadanya terdapat kes COVID-19 membabitkan pekerja serta penghuni di situ.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata berdasarkan maklumat diterima beliau, terdapat jangkitan COVID-19 di rumah orang tua di Jalan Katz selepas seorang pekerja di situ positif penyakit itu.
"Tiga pusat jagaan orang tua iaitu di Jalan Katz, Jalan Seang Tek dan Lebuh Cecil itu di bawah syarikat serta pengurusan yang sama malah pekerjanya juga bertugas di tiga pusat tersebut secara syif.
"Berikutan terdapat kes COVID-19 di pusat jagaan di Jalan Katz itu, dua lagi (pusat jagaan) turut diarah tutup dan semua pekerja serta penghuni diarah jalani ujian saringan dan dikuarantin," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bagaimanapun tiada maklumat lengkap diperoleh berhubung jumlah penghuni dan pekerja di tiga pusat jagaan orang tua itu kerana ketiga-tiganya tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bernama difahamkan tiga pusat jagaan itu menempatkan lebih 200 penghuni dan pekerja dengan tiada pergerakan masuk atau keluar ke situ.
Phee berkata arahan telah dikeluarkan kepada semua pusat jagaan supaya tidak menerima sebarang lawatan atau kunjungan daripada pihak luar dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Asmayani Khalib berkata sehingga semalam, seramai 70 pekerja dan penghuni di pusat jagaan di Jalan Katz menjalani ujian saringan COVID-19 dengan 36 daripadanya positif.
"Ujian saringan diteruskan bagi memastikan semua pekerja dan penghuni tiga pusat jagaan itu menjalaninya. Kementerian Kesihatan (KKM) telah isytiharkan sebagai Kluster Lebuh Katz di situ, keadaan ketika ini terkawal dan mereka yang positif telah diberikan rawatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 15 2021
Berdasarkan maklumat diterima, terdapat jangkitan COVID-19 di rumah orang tua di Jalan Katz selepas seorang pekerja di situ positif penyakit itu.- Gambar hiasan
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
COVID-19: Hanya satu kluster masih aktif di Sabah
Sabah merekodkan 158 kes positif baharu COVID-19 pada Rabu.
COVID-19: Empat lagi kluster diisytihar tamat di Sabah
Empat lagi kluster diisytihar tamat di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
COVID-19: 22 Kluster masih aktif, tiga lagi diisytihar tamat di Sabah
Tiga lagi kluster COVID-19 diisytiharkan tamat di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
PRN Johor: JKN jangka tiada kluster tercetus, semua pihak perlu terus patuh SOP
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menjangkakan tiada kluster baharu akan tercetus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung sehingga menjelangnya hari pengundian, Sabtu ini.
Warga emas hadiri majlis perkahwinan cetus Kluster Kampung Weston
Seorang warga emas yang menghadiri majlis perkahwinan di dua buah kampung dalam Daerah Beaufort didapati mencetuskan satu kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Weston.
COVID-19: Malaysia rekod 4,774 kes baharu, 8 kematian
Malaysia mencatat 4,774 kes COVID-19 pada Isnin, sedikit menurun dari semalam.
COVID-19: Sekolah asrama harian di Kuala Lumpur ditutup
Sekolah tersebut diarahkan tutup bermula 17 Januari hingga 23 Januari.
COVID-19: 36 kes dikesan babitkan kluster di SMK Tambunan
Sebuah kluster COVID-19 dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan dengan 36 kes dikesan setakat hari ini.
Satu kluster dikesan babitkan PRN Melaka, kes indeks petugas jentera parti - Exco Negeri
Satu kluster membabitkan dua madrasah dikesan tercetus akibat pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
COVID-19: Pemandu kereta sapu cetus Kluster Tumbalang di Ranau
Seorang pemandu kereta sapu di Ranau menjadi kes indeks Kluster Tumbalang yang menyebabkan jangkitan 56 kes positif COVID-19.