Kluster Sivagangga: Enam sekeluarga di Kulim dibawa ke hospital

Enam orang dari sebuah keluarga di Kulim yang dipercayai positif COVID-19 diambil pasukan Covid Kementerian Kesihatan (KKM) kira-kira jam 6 petang tadi.

Kesemua mereka dipercayai telah pergi ke majlis kenduri korban di Megat Dewa pada 1 Ogos lalu dan dipercayai bersangkutan dengan Kluster Sivagangga. | Astro Awani
Enam orang dari sebuah keluarga di Kulim yang dipercayai positif COVID-19 diambil pasukan Covid Kementerian Kesihatan (KKM) kira-kira jam 6 petang tadi.

Kesemua mereka dipercayai telah pergi ke majlis kenduri korban di Megat Dewa pada 1 Ogos lalu dan dipercayai bersangkutan dengan Kluster Sivagangga.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri Kedah, Dr Fikri Ujang, sekembalinya mereka ke Kulim, mereka telah menjalani saringan di klinik kesihatan dan diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama tiga hari.

BACA: COVID-19: 15 kes baharu, 11 kes pulih pada hari ini

BACA: Kluster Sivagangga dibimbangi berkemungkinan 'super-spreader' - Dr Noor Hisham

Bagaimanapun, hari ini mereka disahkan positif COVID-19 dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menjalani kuarantin wajib.

Sebelum itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengumumkan terdapat enam kes baharu di Kulim, Kedah pada Khamis.