awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Stutong, kluster terbaharu di Sarawak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/07/2020
09:37 MYT
Kluster Stutong, kluster terbaharu di Sarawak
Pasar tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan. - Foto GoogleMap @ Thua Lum
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Kuching, Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Stutong dikesan di sebuah pasar awam di Stutong.
Ujarnya, kluster tersebut dikesan hasil saringan COVID-19 melibatkan penjaja-penjaja pasar tersebut yang dikenalpasti sebagai salah satu kumpulan sasar dalam pendekatan tertumpu.
"Sehingga 18 Julai, jam 12 tengah hari, 218 orang penjaja telah disaring, iaitu terdiri daripada 213 warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara iaitu tiga warga China, satu warga Indonesia, dan satu warga Vietnam.
"Daripada jumlah saringan ini, 56 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini, dua kes dikesan positif COVID-19 dan 54 adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pasar tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman.
Punca jangkitan kluster adalah masih di dalam siasatan KKM.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#kluster Stutong
#koronavirus
#Kuching
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan