awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koir Perpaduan Keluarga Malaysia tanam semangat cintakan negara melalui seni muzik

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
30/10/2022
08:00 MYT
Koir Perpaduan Keluarga Malaysia tanam semangat cintakan negara melalui seni muzik
Kumpulan The North Harmony dari Sabah dinobatkan sebagai johan dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000, Piala Menteri Perpaduan Negara, trofi termasuk sijil. - Foto Kementerian Perpaduan Negara
KUALA LUMPUR: Pertandingan Koir Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 mampu menjadi antara entiti menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pertandingan dengan kerjasama strategik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu telah meletakkan penglibatan pelbagai kaum sebagai syarat utama, selain usaha kementerian menyemai semangat cintakan bahasa dan menyemarakkan ukhuwah Keluarga Malaysia.
“Kementerian sangat mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak dalam usaha merealisasikan agenda perpaduan negara.
"Kolaborasi strategik antara KPN dan DBP contohnya akan diperbanyakkan lagi agar usaha memperkukuh semangat kebersamaan di kalangan Keluarga Malaysia dapat terus dipertingkatkan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Halimah menambah, usaha-usaha penghayatan perpaduan yang dilaksanakan di segenap peringkat itu juga bertujuan melahirkan moments of unity untuk dihayati dan dirasai semua melalui seni muzik.
"Seni muzik dan koir seperti ini berperanan dalam mengekalkan dan memperkukuh identiti sesebuah negara serta masyarakatnya.
"Seni kata dan lirik lagu yang bersandarkan kepada semangat perpaduan dan patriotisme juga dapat menyentuh sanubari setiap individu yang mendengarnya, apatah lagi sesiapa yang turut menyanyi bersama mendendangkan melodinya yang cukup indah serta dapat menanam perasaan cinta akan tanah air," katanya.
Sementara itu, pertandingan tersebut telah menyaksikan johan disandang oleh kumpulan The North Harmony dari Sabah yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000; Piala Menteri Perpaduan Negara; trofi termasuk sijil.
Manakala, naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Kumpulan Anak Seni Warisan Kenyalang dari Sarawak dan Kumpulan M.I.A Ensemble dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Naib Johan: Anak Seni Warisan, Sarawak. - Foto KPN
Naib Johan: Anak Seni Warisan, Sarawak. - Foto KPN
Tempat ketiga: M.I.A Ensemble, WP. Kuala Lumpur. - Foto KPN
Tempat ketiga: M.I.A Ensemble, WP. Kuala Lumpur. - Foto KPN
Untuk rekod, pertandingan itu telah mendapat sambutan menggalakkan apabila mencatatkan 130 penyertaan kumpulan koir dari seluruh negara dan 16 pasukan terbaik wakil daripada setiap negeri telah ditampilkan di peringkat kebangsaan bagi merebut piala berkenaan.
Topic Berkaitan
#KPN
#koir perpaduan
#kementerian perpaduan negara
#Halimah Mohamed Sadique
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan