awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu

Bernama
Bernama
22/01/2025
01:50 MYT
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Ab Rauf pada Majlis Perasmian Gadek Hotsprings Wellness and Spa Resort di Kampung Ganun. - Foto Facebook/Ab Rauf Yusoh
ALOR GAJAH: Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya pada 25 Okt tahun lepas.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata projek naik taraf itu diluluskan menerusi Geran Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) daripada Kementerian Ekonomi.
Beliau berkata Kolam Air Panas Gadek itu kini dikenali sebagai 'Gadek Hotsprings Wellness and Spa Resort' dan mula beroperasi pada 1987.
"Pada peringkat awal, Kompleks Air Panas Gadek ini diselenggarakan oleh Majlis Daerah Alor Gajah atau kini Majlis Perbandaran Alor Gajah sehingga akhir 1992.
"Setelah itu, ia diserahkan kepada Perbadanan Melaka (MCORP) bagi tujuan pengurusan dan pembangunan sekali gus memajukan kompleks ini sebagai destinasi pelancongan kesihatan yang lebih moden dan berkualiti," katanya pada Majlis Perasmian Gadek Hotsprings Wellness and Spa Resort di Kampung Ganun di sini malam tadi.
Beliau berkata kompleks berkenaan berkeluasan 4.16 hektar dan mampu memuatkan kira-kira 800 pengunjung pada satu-satu masa.
Sebanyak 11,772 pengunjung direkodkan hingga 19 Jan 2025 iaitu dalam tempoh kurang sebulan pengoperasian kompleks air panas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kolam Air Panas Gadek
#wajah baharu
#Ab Rauf Yusoh
#projek naik taraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan