SAYA mengalukan-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memerintahkan Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember pada tahun ini.
Langkah ini tepat dalam mengiktiraf suara anak muda dan selari dengan tuntutan semasa.
Ini membolehkan Seksyen 3 (Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019) berkuat kuasa secepat mungkin dan dalam apa jua keadaan menjalang 31 Disember 2021.
Sekysen 3 menyatakan bahawa umur mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem semasa yang mana rakyat Malaysia perlu mendaftar sebagai pengundi.
Dengan keputusan ini, suara anak muda dalam pembuatan dasar akan lebih mudah didengari dan dipertimbangkan.
Saya percaya ramai anak muda yang berbakat, mempunyai idea yang ingin dikongsi dan sifat kepimpinan yang tinggi. Saya secara peribadi percaya pengetahuan anak muda pada hari ini lebih jauh terkehadapan berbanding 20 tahun atau 30 tahun yang lalu memandangkan pengetahuan mereka yang lebih tinggi selari dengan perkembangan teknologi.
Sejak akhir-akhir ini kita lihat anak muda banyak menyuarakan pendapat di media sosial dalam pelbagai isu seperti hak asasi, pendidikan, hak wanita dan alam sekitar.
Medium ini seolah-olah tidak sesuai sebagai tempat mereka menyuarakan suara dan pandangan mereka. Jadi dengan menurunkan had umur mengundi, anak muda boleh menyuarakan suara dan pandangan mereka menggunakan medium yang lebih berkesan.
Malah langkah ini juga menggalakkan wanita muda (dibawah umur 30 tahun) yang tidak mempunyai partisipasi langsung dalam Dewan Negara atau Dewan Rakyat.
Buat masa kini, Ahli Parlimen wanita yang paling muda dalam Dewan Rakyat adalah Ahli Parlimen Sandakan, YB Vivian Wong Shir Yee yang berumur 32 tahun. Banyak negara telah mengiktiraf peranan wanita muda dalam kepimpinan negara seperti Alexandria Ocasio-Cortez dipilih ke Kongres Amerika Syarikat sewaktu berumur 28 tahun dan Mhairi Black yang menjadi Ahli Parlimen Scotland sewaktu berumur 20 tahun.
Partisipasi wanita muda penting bagi merangka dasar yang mesra wanita dalam segenap aspek.
Kesedaran golongan muda juga perlu ditingkatkan dengan program-program berbentuk wacana, dialog dan penambahbaikan silibus sedia ada di sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutamanya anak muda, badan bukan kerajaan, badan pemikir dan kerajaan sendiri. Pendidikan mestilah merangkumi asas-asas negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memupuk perasaan cinta kepada negara.
Saya berharap SPR mempercepatkan proses Undi 18 bagi membolehkan perkara ini menjadi realiti pada Pilihanraya Umum akan datang.
Pertambahan pengundi yang diunjurkan mencecah 22.5 juta setelah mengambilkira pertambahan pengundi 18 tahun adalah satu bentuk demokrasi yang baik.
Inilah masanya untuk kita memberikan anak muda kebebasan menggunakan ruang demokrasi yang ada.
Anak muda mampu mencorakkan masa depan negara dengan lebih baik.
Ainie Haziqah
Exco Srikandi BERSATU Malaysia
Kolumnis AWANI
Mon Sep 06 2021
Pertambahan pengundi yang diunjurkan mencecah 22.5 juta setelah mengambilkira pertambahan pengundi 18 tahun adalah satu bentuk demokrasi yang baik.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.
PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein
PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.