TERDAPAT sembilan buah institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan Sarjana Muda Undang-undang (LLB) di Malaysia setakat tahun 2022.
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terkini mendapat pengiktirafan penuh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LKPU) pada tahun 2021.
USIM mengambil masa 10 tahun untuk mendapatkan program LLB diiktiraf sepenuhnya, lantas menunjukkan syarat yang amat ketat dikenakan oleh LKPU dalam menilai kualiti sekolah undang-undang di Malaysia.
Taylor’s University adalah satu-satunya institusi yang belum mendapat pengiktirafan penuh LKPU.
Berbeza dengan universiti lain, graduan undang-undang dari Taylor’s perlu menduduki kursus Sijil Amalan Guaman (SAG) sebelum diterima sebagai ‘orang berkelayakan’ di bawah Akta Profesyen Undang-undang 1976.
Walaupun pelbagai syarat ketat dikenakan, terdapat beberapa pengamal undang-undang yang membuat aduan bahawa graduan undang-undang di Malaysia tidak bersedia untuk latihan dalam kamar.
Antara aduan yang biasa termasuk bahawa graduan undang-undang tidak dilengkapi pengetahuan yang mantap dan kurangnya kemahiran amalan guaman.
Bagi memperbaiki keadaan ini, satu moratorium terhadap penubuhan fakulti undang-undang yang baru telah dikenakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan Malaysia tidak mengalami lambakan graduan undang-undang.
Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, setakat 2021, komposisi peguam terhadap penduduk Malaysia adalah ideal .
Oleh itu, patutkah moratorium yang telah berlangsung selama 15 tahun ini dikekalkan atau tidak?
Masa depan pendidikan undang-undang di Malaysia
Seorang peguam di Malaysia dalam artikelnya berjudul ‘Of the Bench and the Bar’ yang diterbitkan dalam akhbar The Star pada tahun 2020 telah meremehkan keupayaan graduan tempatan, kecuali mereka yang bergraduat dari tiga universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Multimedia.
Dapatan ini adalah berdasarkan pemerhatian penulis itu sendiri tanpa didokong data dan fakta yang munasabah.
Penulis membuat kesimpulan sedemikian kerana mungkin hanya berurusan dengan graduan-graduan daripada tiga universiti yang disebutkan itu.
Selain itu, penulis berkenaan juga mengagungkan Singapura dan United Kingdom sebagai model, seolah-olah pengajian undang-undang di Malaysia tidak berkualiti dan tidak berdaya saing.
Penulis, yang berkemungkinan besar bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibundanya, turut merendahkan kemampuan graduan tempatan dalam kefasihan bahasa Inggeris.
Akan tetapi, pengataan ‘syok sendiri’ ini juga tidak didokong oleh sebarang sumber yang sahih.
Graduan tempatan juga disebut tidak memiliki kualiti ‘bersedia beramal’ atau dalam bahasa Inggeris, ‘practice-ready’.
Bagaimanapun, terma ‘bersedia beramal’ itu sendiri tidak pernah didefinisikan di dalam mana-mana pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam.
Malah, definisi ini berbeza dari seorang peguam ke peguam yang lain.
Pengangguran dalam kalangan graduan undang-undang, satu mitos yang perlu diperbetulkan
Berdasarkan laman web Majlis Peguam, terdapat 20,000 peguam yang beramal di Malaysia, iaitu 0.06 paratus dari keseluruhan penduduk negara ini.
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, institusi pengajian tinggi menghasilkan 1,700 graduan undang-undang setiap tahun.
Ini bermaksud hanya peratusan yang kecil dari graduan-graduan ini memilih untuk beramal.
Oleh itu, pengamal undang-undang yang membuat kenyataan yang tidak sepatutnya terhadap institusi pengajian tinggi perlulah berhenti ‘syok sendiri’ dan hidup di alam fana mereka yang tersendiri serta sedar bahawa universiti tidak hanya menghasilkan peguam yang beramal, tetapi juga kemahiran sumber manusia untuk pasaran pekerjaan yang lain.
Menurut kajian kebolehpasaran yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi terhadap graduan tempatan, hanya peratusan kecil yang tidak berhasil mendapatkan pekerjaan setelah bergraduat.
Oleh itu, kenapa perlu moratorium?
Sekiranya para graduan memilih untuk beramal, hanya setelah itu mereka perlu menjalani latihan dalam kamar.
Sekiranya mereka dijangka untuk tahu segala-galanya dan bersedia beramal dari hari pertama, apakah perlunya latihan dalam kamar selama sembilan bulan itu?
Ini juga terpakai terhadap bakal-bakal doktor yang perlu menjalani latihan di hospital selama dua tahun.
Malah, ahli akademik juga wajib menempuh kursus PhD selama tiga tahun (atau mungkin lebih lama daripada itu) sebelum mereka diiktiraf sebagai penyelidik yang berkelayakan.
Berdasarkan logik pengamal undang-undang seperti ini, apakah yang akan jadi sekiranya penyelia PhD menganggap pelajar PhD sudah tahu semuanya persis seorang Profesor atau Profesor Madya yang telah menjalankan penyelidikan bertahun lamanya?
Adilkah sebegitu?
Mungkin pengamal undang-undang ini perlu menjalani pengajian PhD dan merasakan sendiri pengalamannya sebelum memberikan komentar yang kurang baik terhadap universiti yang menghasilkan graduan undang-undang.
Perlunya jawatankuasa bagi mengaudit latihan dalam kamar
Para pelatih akan ditempatkan bersama seorang ‘master’ atau penyelia apabila mereka menjalani latihan dalam kamar selama sembilan bulan.
Menurut laman sesawang Majlis Peguam, tugas utama penyelia adalah untuk membantu, membimbing dan menasihati serta menyelia pelatih yang sedang menjalani latihan.
Walaupun terdapat penyelia yang banyak membantu pelatihnya, ada juga penyelia yang tidak mengajarkan hampir apa-apa pun sepanjang sembilan bulan itu.
Adalah tidak bijak menyalahkan universiti kerana kursus undang-undang di universiti diaudit bukan sahaja oleh Lembaga Kelayakan Malaysia tetapi oleh LKPU juga.
Apabila universiti dipersalahkan, adakah para peguam ini memperkecilkan Majlis Peguam yang turut memainkan peranan dalam LKPU?
Adakah mereka memperkecilkan keupayaan badan yang mana peguam-peguam ini menganggotai?
Memandangkan banyak aduan dibuat para peguam ini, sudah tiba masanya LKPU atau Majlis Peguam menubuhkan jawatankuasa bagi menyelia bagaimanakah firma guaman menjalankan latihan dalam kamar.
Tindakan perlu diambil sekiranya para penyelia latihan dalam kamar tidak menjalankan tanggungjawab mereka seperti mana termaktub dalam laman sesawang Majlis Peguam.
Kesimpulan
Para pengamal undang-undang perlu berhenti menunding jari kepada para pendidik di universiti kerana majoriti mereka adalah ahli akademik terpelajar berkelulusan PhD bukan sahaja di dalam, malah dari universiti di luar negara.
Ada dalam kalangan mereka adalah bekas pengamal undang-undang juga.
Selama ini, fakulti undang-undang universiti-universiti di Malaysia telah banyak menghasilkan graduan undang-undang yang berkualiti yang menjadi nadi pembangunan negara, bukan sahaja sebagai pengamal undang-undang, tapi dalam pelbagai bidang.
Mungkin tiba masanya untuk para pengamal undang-undang ini berhenti untuk syok sendiri dan bermuhasabah diri – adakah mereka secara automatik bersedia beramal ketika mula-mula menamatkan pengajian dua atau tiga dekad lalu?
Tidak ada bukti bahawa universiti di Malaysia menghasilkan graduan undang-undang yang tidak berkualiti.
Oleh itu, sewajarnya moratorium diangkat.
Sebaliknya, pihak LKPU dan Majlis Peguam perlu menilai semula kursus latihan dalam kamar yang kini tidak diselia dan diaudit agar semua pelatih dalam kamar dapat menempuh latihan yang optimum.
* Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Dr Syahirah Abdul Syukor dan Dr Amalina Ahmad Tajudin adalah Pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Dr Amalina Ahmad Tajudin, Dr Syahirah Abdul Shukor
Sat Feb 05 2022
Sudah tiba masanya LKPU atau Majlis Peguam menubuhkan jawatankuasa bagi menyelia bagaimanakah firma guaman menjalankan latihan dalam kamar. - Gambar BERNAMA
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
IPT perlu kaji keperluan wujud jabatan, program baharu - Zambry
Jelas Zambry, teknologi berkembang semakin pesat pasca pandemik, menyebabkan sektor pendidikan juga perlu bergerak pantas.
COVID-19 : IPT diminta tunggu arahan dan nasihat KKM - Zambry
Pihak pengurusan institusi pengajian tinggi diminta merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan KKM bagi langkah pencegahan COVID-19.
[KOLUMNIS] Pindaan AUKU: Bebas atau beban?
SEBAGAI seorang mahasiswa, kita tidak boleh lari daripada realiti bahawa kehidupan di universiti adalah berpaksikan kepada suatu undang-undang yang disebutkan sebagai AUKU 1971.
KPM rancang lantik guru kontrak - Pkharuddin
Perkara itu sememangnya menjadi antara perhatian KPM selain menawarkan perjawatan tetap bagi Gred DG41 kepada 9,552 guru yang dilantik baru-baru ini.
Universiti Teknologi PETRONAS terus cemerlang di peringkat global
UTP mendapat pengiktirafan global dan dinobat sebagai universiti terbaik di Malaysia dan institusi swasta terbaik ASEAN.
Gaji minimum intervensi dasar penting tingkat keberhasilan gaji - Tinjauan Ekonomi 2024
Intervensi dasar seperti dalam penetapan gaji minimum diperlukan dan penting dalam pasaran buruh antaranya untuk meningkatkan keberhasilan gaji.
'Mentaliti mesti terima ijazah untuk maju dalam kehidupan mesti diubah'
Mentaliti orang awam yang melihat pencapaian akademik sebagai jalan untuk maju dalam kehidupan perlu diubah memandangkan sebahagian besar pekerjaan yang wujud akan hilang pada masa akan datang.
Laluan Khas IPT: OKU hanya bersaing dalam kelompok sendiri
Syarat khas program pengajian itu adalah tertakluk kepada keputusan senat Universiti Awam termasuk bagi bidang undang-undang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.