awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM rancang lantik guru kontrak - Pkharuddin

Bernama
Bernama
06/11/2023
01:00 MYT
KPM rancang lantik guru kontrak - Pkharuddin
Pkharuddin berkata perkara itu sememangnya menjadi antara perhatian KPM selain menawarkan perjawatan tetap bagi Gred DG41 kepada 9,552 guru yang dilantik baru-baru ini - Foto fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk melantik guru kontrak bagi mengisi kekosongan jawatan itu ketika ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata perkara itu sememangnya menjadi antara perhatian KPM selain menawarkan perjawatan tetap bagi Gred DG41 kepada 9,552 guru yang dilantik baru-baru ini.
"Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan lantik secara kontrak, ini memang dalam radar kita. Kita sedang melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru dan kita juga sedang menambah baik kaedah untuk mendapatkan guru opsyen-opsyen tertentu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bicara Eksekutif Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Konvensyen Program Tranformasi Daerah di sini pada Ahad.
Beliau juga berkata KPM akan terus menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk memastikan kekurangan guru pada masa hadapan dapat diatasi.
"Saya berharap guru-guru yang dibekalkan nanti dapat dipimpin oleh Pengetua dan Guru Besar dengan sebaiknya supaya mereka dapat memberi perkhidmatan jauh lebih baik serta berkualiti," katanya.
Pada Khamis lepas, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sejumlah 9,552 pelajar lulusan pendidikan ditawarkan jawatan Guru Gred DG41 bagi pengambilan tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Institusi Pengajian Tinggi
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan