KUALA LUMPUR : Menaikkan kadar kompaun dalam keadaan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak konsisten bukan saja akan menimbulkan kemarahan rakyat tetapi merupakan satu penderaan terhadap rakyat.
Exco Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.
Justeru, beliau berharap kerajaan boleh menilai semula keputusan berkenaan.
“Secara asasnya saya bersetuju dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar kompaun terhadap mereka yang ingkar SOP COVID-19.
“Saya sedar bahawa kerajaan memerlukan undang-undang yang ketat bagi mengawal penularan wabak ini demi memastikan kesejahteraan rakyat.
“Bagaimanapun, saya agak kurang setuju dengan langkah kerajaan menaikkan kadar kompaun sehingga RM10,000 dalam keadaan SOP yang tidak konsisten ataupun flip-flop,’ katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BACA: Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Beliau turut mencadangkan kadar kompaun boleh dikenakan terhadap individu yang melanggar SOP dengan melihat kadar kesalahan yang mereka lakukan.
“Jika kesalahan itu pertama kali mereka lakukan, kadar kompuan mungkin memadai RM1,000.
“Jika kesalahan berulang, kadar kompaun meningkat sedikit demi sedikit sehingga maksimum RM10,000,” ujarnya.
BACA: Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan individu yang melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.
Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara hari ini.
Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.
Ridauddin Daud
Fri Feb 26 2021
Mustafa Shah Abdul Hamid berharap kerajaan boleh menilai semula keputusan untuk menaikkan kadar kompaun terhadap mereka yang ingkar SOP COVID-19. - Gambar ASTRO AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.
Hina Agong: 26 bahagian Pemuda UMNO Johor akan buat laporan polis
Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.
Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.
Sentuh 3R: Kerajaan tidak akan bertolak ansur - PM
Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
KPM tetap iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan mengambil maklum gesaan sesetengah pihak untuk mengkaji semula sistem pendidikan vernakular.
Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat
Ia melibatkan Pemuda UMNO di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.
Tubuh ‘task force’ selami masalah rakyat - Ketua Pemuda UMNO
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mahu ahlinya tampil aktif dalam memperjuangkan isu rakyat menerusi penubuhan task force Aduan Rakyat.
Pemuda UMNO kecam kenyataan Hadi Awang, Hassan Karim
Institusi raja bukan modal untuk sesiapa meraih dividen politik bagi survival mana-mana individu atau parti, tegas Dr Akmal.
Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan
AMK meminta supaya serangan yang dimulakan sama ada secara terangan-terangan mahupun halus oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dielakkan.