KOTA BELUD: Pembinaan Kompleks Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud di sini dijangka siap menjelang 2027 sekiranya tender dapat diselesaikan pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.
Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM36 juta pada 2022 bagi membina kompleks itu selaras dengan usaha untuk memperkasa peranan IADA sekali gus membantu pembangunan sektor tanaman padi Sabah khususnya di Kota Belud.
"Kerja-kerja tapak sudah selesai dilaksanakan dan kita berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan dapat membuka tender projek pembangunan IADA Kota Belud pada tahun ini.
"Sekiranya projek ini berjaya ditender pada tahun ini, Kompleks IADA Kota Belud akan dapat disiapkan pada 2027," katanya ketika berucap pada program lawatan kerja ke IADA Kota Belud dan sesi touch point bersama pesawah di sini semalam.
Dalam pada itu, Arthur turut memberi komitmen untuk mengadakan pertemuan bersama dengan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah bagi membincangkan alternatif untuk mempercepatkan lagi proses tender tersebut.
Arthur berkata Kompleks IADA itu kelak bukan sahaja bakal menjadi mercu tanda kepada pembangunan industri padi dan beras negara, malah akan menyumbang kepada pembangunan kawasan lebih holistik termasuk memastikan kecekapan pengurusan aktiviti pesawah.
"Kompleks ini juga akan menjadi pusat latihan kepada pesawah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pembangunan industri padi, bengkel jentera pertanian dan makmal analisis pertanian," katanya.
Mengulas mengenai pembangunan padi di Sabah, Arthur berkata kementeriannya membawa masuk dua benih padi baharu iaitu Siraj MR 297 dan MR 269 dengan kerjasama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah sebagai usaha meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negeri itu dan pendapatan pesawah tempatan.
Arthur berkata inisiatif itu dilihat berupaya memberi lebih banyak pilihan benih padi kepada para pesawah di Sabah dan varieti padi itu kini berada di plot percubaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran bagi melihat keberkesanan serta potensi pengeluarannya.
Beliau yakin benih padi baharu itu akan dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi dan dalam masa sama, meningkatkan pendapatan para pesawah.
Pada program itu, Arthur turut menyerahkan replika cek pembangunan kawasan sawah padi setakat Mac serta jentera pembajak dan jentuai padi Koperasi Pesawah Kota Belud di samping bantuan bagi pembelian pam air dengan nilai keseluruhan berjumlah RM707,772 yang memberi manfaat kira-kira 600 pesawah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Arthur (empat, kanan) menyerahkan jentera pembajak dan jentuai padi kepada Koperasi Pesawah Kota Belud pada program lawatan kerja ke IADA Kota Belud dan sesi touch point bersama pesawah semalam. - Foto Sinar Harian
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944.
TPM, Jemaah Menteri rakam ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga
Mendiang Joseph Kurup disifatkan seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang.
'You're the best' - Arthur Kurup kenang pemergian bapa
'Terima kasih bapa... Anda terbaik'. Demikian kata Datuk Arthur Joseph susulan pemergian bapanya, mendiang Tan Sri Joseph Kurup.
Kompleks IADA Kota Belud dijangka siap 2027, mercu tanda pembangunan industri padi
Ia selaras dengan usaha untuk memperkasa peranan IADA sekali gus membantu pembangunan sektor tanaman padi Sabah khususnya di Kota Belud.
Kerajaan mahu perluas penanaman bawang di Sabah dan Sarawak
Bagaimanapun, kajian menyeluruh termasuk penilaian kesesuaian tanah perlu dilaksanakan pihak berwajib bagi memastikan projek berjalan lancar.
Agrobank main peranan penting bantu perkukuh ekosistem agromakanan - Arthur
Sebagai bank pembangunan, Agrobank dipertanggungjawab dalam memperkukuh keterjaminan makanan melalui aktiviti penawaran pembiayaan.
Ibu maut akibat dibakar, tiga beradik jadi pelajar angkat
Tiga beradik yang kehilangan ibu mereka dalam tragedi di Kampung Tinagalan, Sook, dua minggu lalu mendapat perhatian Ahli Parlimen Pensiangan.
Banjir: 2,095 petani sektor tanaman agromakanan terjejas
Sejumlah 2,095 petani sektor tanaman agromakanan di seluruh negara terjejas akibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) setakat ini, melibatkan kawasan yang dianggarkan seluas 4,701 hektar.
Usaha perhebat STEM di Malaysia perlu kerjasama semua pihak - Arthur
Kerjasama dan kombinasi pembelajaran formal dan tidak formal yang disokong oleh pendekatan kerajaan, berupaya tarik minat generasi muda terhadap STEM.
PM lulus peruntukan kecemasan selenggara jalan, jambatan terputus di Pensiangan
Ia susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 5 September lalu dan menyebabkan penduduk Kampung Salinatan dan sekitarnya terjejas.