Kompleks Mahkamah Sepang di sini menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa apabila pertuduhan terhadap dua suspek kes pembunuhan Kim Jong Nam akan dilakukan hari ini.
Pihak media tiba seawal 5 pagi untuk beratur di luar kompleks mahkamah itu dalam usaha untuk mendapatkan peluang mengikuti prosiding pendakwaan itu.
Pintu pagar kompleks mahkamah ditutup dan dikawal ketat oleh pihak polis.
Hanya kenderaan kakitangan di mahkamah berkenaan dibenarkan masuk.
Kaunter pendaftaran untuk media dan peguam diletakkan di bawah kanopi di sebelah pintu pagar kompleks mahkamah berkenaan.
Orang awam yang menggunakan laluan di hadapan kompleks berkenaan memperlahankan kenderaan masing-masing kerana kehairanan melihat ramai yang beratur di luar kompleks mahkamah itu sejak awal pagi.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam berkata dua wanita asing akan dihadapkan di mahkamah hari ini bagi menghadapi tuduhan.
Warga Vietnam dan Indonesia itu ditahan reman selama 14 hari mulai 16 Feb lepas bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas.
Jong Nam, yang merupakan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, berada di KLIA2 untuk penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.
Polis mengesahkan mangsa dibunuh dengan racun Agen Saraf VX.
Jong Nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2017
Pertuduhan terhadap dua suspek kes pembunuhan Kim Jong Nam akan dilakukan hari ini. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Protes Rusia: Polis guna kekerasan lerai demonstrasi
Sekitar 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan amaran cuaca sejuk dan polis untuk menuntut pembebasan pengkritik Kremlin dan Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny.
Alexei Navalny dibenar keluar hospital selepas lebih sebulan diracun agen saraf
Menurut hospital, pesakit dibenarkan keluar dari wad bedasarkan perkembangan dan keadaan semasa pesakit.
Pemimpin pembangkang Rusia semakin pulih selepas diracun
Navalny yang merupakan seteru Presiden Rusia, Vladimir Putin, jatuh sakit dalam penerbangan domestik 20 Ogos lalu dan dipindahkan ke Jerman untuk rawatan.
Ibu pejabat Facebook dikosongkan gara-gara sarin
Empat bangunan di ibu pejabat Facebook Inc terpaksa dikosongkan selepas bungkusan yang diterima syarikat itu didapati positif sarin.
Doan dipenjara tiga tahun empat bulan, cederakan Kim Chol
Bernasib baik kerana pendakwaan menawarkan pertuduhan alternatif yang hanya membawa hukuman penjara 10 tahun berbanding pertuduhan asal iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Serangan agen saraf: Britain perlu tampil dengan bukti - Rusia
Kementerian Luar Rusia berkata London seharusnya mempercepatkan proses siasatan dan mendedahkan kepada umum berhubung hasil siasatan tersebut.
Isu Novichok: Rusia tuntut jawapan kepada 14 persoalan daripada Britain
Rusia menggesa Britain untuk menjawab kesemua 14 soalan yang dihantar melalui kedutaannya di London.
Rusia usir 60 diplomat AS rentetan insiden bekas perisik diracun
Duta AS juga diarahkan untuk menutup konsulat di St Petersburg, dalam satu tindak balas yang disifatkan sebagai pengusiran diplomat asing terbesar sejak Perang Dingin.
'Perang Dingin' mungkin berlaku jika sentimen anti-Rusia berterusan
Barat perlu sedar bahawa kempen anti-Rusia tidak membawa sebarang manfaat pada masa hadapan jika ia terus menentang Moscow.
Rusia selar tindakan Australia usir dua diplomatnya
Kedutaan Rusia di Canberra menuding jari terhadap Australia yang mengikuti United Kingdom (UK) secara membabi buta untuk mengusir dua diplomat Rusia, hari ini.