awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompleks Penyayang Sinar Kasih dijangka mula beroperasi awal tahun depan

Bernama
Bernama
06/07/2023
22:00 MYT
Kompleks Penyayang Sinar Kasih dijangka mula beroperasi awal tahun depan
Nancy (duduk, depan, tengah) melawat tapak projek Kompleks Penyayang Sinar Kasih di Nibong Tebal, 6 Julai 2023. - Foto Facebook Nancy Shukri
NIBONG TEBAL: Kompleks Penyayang Sinar Kasih, sebuah kompleks perumahan yang menempatkan warga emas dan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan di sini, akan mula beroperasi awal tahun depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kompleks perumahan yang bernilai RM56 juta itu merupakan kompleks yang pertama seumpamanya dalam negara, dan dijangka siap pada 25 Ogos ini.
Beliau berkata kompleks perumahan itu dibina sebagai salah satu usaha dalam membantu menyediakan golongan sasaran dengan persekitaran dan kemudahan bagi warga emas yang boleh mengurus diri sendiri dan sihat, serta kanak-kanak, untuk kelangsungan hidup dengan lebih selesa.
"Projek perintis ini diharapkan bakal beroperasi sepenuhnya suku pertama tahun depan dengan kapasiti kompleks 120 orang warga emas wanita dan 80 orang kanak-kanak. Kita ada 15 unit (kediaman) untuk warga emas dan lapan unit untuk kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek di sini semalam.
Pembangunan Kompleks Penyayang Sinar Kasih di Nibong Tebal itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), dan pembinaannya telah bermula pada tahun Jun 2016.
Kompleks ini akan menempatkan warga emas (60 tahun ke atas) yang memerlukan penjagaan dan perlindungan melalui Akta Orang Papa 1977 serta kanak-kanak (berumur bawah 18 tahun) yang memerlukan perlindungan dan penjagaan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#RMK-11
#Kompleks Penyayang Sinar Kasih
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan