KUALA LUMPUR: Kedudukan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) sebagai entiti baharu sepak takraw negara, tetap kukuh walaupun satu ahli gabungannya bertindak 'mengangkat kaki' meninggalkan mereka.
Presiden MSC Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata beliau tidak gusar sekiranya perkara itu berlaku kerana mereka sememangya diiktiraf Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) sebagai badan induk tunggal sukan itu di negara ini.
"Siapa pengelola sukan sepak takraw di Malaysia? Kita (MSC)...jika mereka (Pestak) mahu keluar, nak ke mana? Nak pergi Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)?
"Perlu diingatkan MSC dapat surat kelulusan sebagai ahli ASTAF dan ISTAF, jadi kedudukan kami ketika ini sangat kuat sedangkan PSM yang ditubuhkan berpuluh tahun disingkirkan dari dua badan induk itu sebelum ini," katanya.
Suhaili berkata demikian selepas perwakilan Persatuan Sepaktakraw Negeri Kedah (Pestak) difahamkan tidak hadir pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), malam tadi.
Mengenai pelantikan Dr Noor Azam Samsudin sebagai Setiausaha Agung MSC menggantikan Timbalan Presiden Pestak Syed Hussain Syed Abu Bakar, Suhaili tidak melihat itu sebagai satu isu berbangkit.
Beliau juga percaya Syed Hussain yang sebelum ini memegang jawatan itu secara sementara tidak berkecil hati dengan keputusan berkenaan.
"Sejak hari pertama lagi dia (Syed Hussain) tahu lantikan itu dan dia akui memang dia dilantik sementara malah dia di Kedah, kita pula di Kuala Lumpur dan semua mesyuarat di sini, jadi sukar baginya datang melainkan pada hujung minggu," katanya.
Sementara itu, beliau juga tidak melihat Syed Hussain yang dikhabarkan menyertai sebuah bengkel anjuran PSM sebagai satu 'kesalahan'.
"Tiada isu pun kerana PSM masih persatuan berdaftar cuma mereka bukan badan pengelola sukan...kalau dia nak tambah ilmu melalui bengkel tak boleh halang, kita tak ekstrem sehingga berlaku pemecatan," katanya.
Sementara itu, Suhaili berkata EGM yang diadakan lebih menjurus kepada penambahbaikan 20 perkara yang terkandung dalam perlembagaan MSC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
Menurut Suhaili, EGM yang diadakan malam tadi lebih menjurus kepada penambahbaikan 20 perkara yang terkandung dalam perlembagaan MSC.- BERNAMA
JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU
Anggota polis pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi hotel baru-baru ini sedang disiasat oleh JIPS dari sudut tatatertib
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6970/6985 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.7005/7030 semalam.
Polis sahkan bom diterima di bangunan MOTAC adalah palsu
Polis mengesahkan bungkusan yang didakwa mengandungi bom dan dialamatkan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing hari ini adalah palsu.
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU | Elak cukai | Kekejaman Zionis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong, Raja Permaisuri berkenan terima Darjah Kebesaran Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Kebesaran Persekutuan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara di sini hari ini
AWANI 7:45 [05/06/2024] – Sindiket penyeludupan tumpas | Amerika kena lebih tegas – Anwar | Tiada lagi Pyanhabib
- RM3.5 bilion tiris, tiga agensi tumpaskan sindiket penyeludupan pelabuhan
- Malaysia gesa Amerika jangan berlembut dengan Israel
- Negara kehilangan seorang lagi seniman, Pyanhabib sudah tiada
- Skuad padu, tiada lagi alasan untuk England tidak menang Euro
- Malaysia gesa Amerika jangan berlembut dengan Israel
- Negara kehilangan seorang lagi seniman, Pyanhabib sudah tiada
- Skuad padu, tiada lagi alasan untuk England tidak menang Euro
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini terutama berikutan aktiviti pengambilan untung, tetapi indeks utama kekal melebihi paras psikologi 1,600, kata penganalisis.
SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang
Sindiket didalangi warga asing itu sudah 10 tahun beroperasi, dengan nilai ketirisan dianggar sekitar RM3.5 bilion
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan – Atlet Kebangsaan
Atlet Profesional boling sepuluh pin, Datuk Shalin Zulkifli berkata hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan. Jelasnya, angka ini membimbangkan dan mencerminkan kesedaran yang rendah dalam kalangan atlet mengenai perangan persaraan yang mampan. #AgendaAWANI
Jemaah haji diseru suarakan keprihatinan terhadap kekejaman Israel di Palestin - MAPIM
Jemaah Haji Malaysia yang kini berkumpul di Tanah Suci diseru untuk menyuarakan keprihatinan mereka terhadap isu penjajahan Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa As-Sharif oleh rejim Zionis.
Konfederasi Sepaktakraw Malaysia kukuh, tak 'goyang' - Presiden
Kedudukan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) sebagai entiti baharu sepak takraw negara, tetap kukuh walaupun satu ahli gabungannya bertindak 'mengangkat kaki' meninggalkan mereka.
MSC tunggu MOM buka pintu sebagai ahli gabungan
MSC hanya mahu menjadi sebahagian daripada MOM dalam misi memperkasakan sukan tradisional itu.